Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499904
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Munir Abdul Murad, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorJames Woon Sy-Keen (P59385)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:36:01Z-
dc.date.available2023-10-13T09:36:01Z-
dc.date.issued2016-08-08-
dc.identifier.otherukmvital:85978-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499904-
dc.descriptionSisa minyak sawit merupakan bahan mentah kaya dengan gula yang sesuai digunakan dalam penghasilan bioetanol kerana sifatnya yang boleh diperbaharui dan murah. Enzim selobiohidrolase (CBH) adalah salah satu komponen penting enzim selulase dan ia amat diperlukan dalam pertukaran biojisim disebabkan keupayaan luar biasa enzim ini dalam menghidrolisis selulosa kristalin. Walau bagaimanapun, aplikasi CBH telah dihadkan oleh aktiviti hidrolitik dan tahap pengekspresan yang rendah berbanding dengan komponen selulase yang lain seperti endoglukanase dan β-glukosidase. Oleh itu, CBH yang berasal daripada beberapa organisma telah dibangunkan dan diuji sebagai enzim tambahan untuk pencuraian selulosa tandan kosong kelapa sawit (TKKS). Disertasi ini memperincikan tentang pemilihan, penghasilan dan pencirian enzim selobiohidrolase yang baharu dengan harapan agar enzim yang berpotensi dalam pencuraian TKKS dapat ditemui. Lima gen cbh telah diklon dan diekspreskan di dalam yis Pichia pastoris. Sebanyak empat CBH rekombinan, iaitu ANCBHB daripada kulat mesofilik Aspergillus niger, TTCBH7B dan TTCBH6B daripada kulat termofilik Thielavia terrestris serta CCCBH1254 daripada anai-anai Coptotermes curvignathus telah ditulenkan sehingga homogen dan digunakan di dalam pencirian aktiviti enzim. CCCBH1254 diekspres pada tahap yang sangat rendah tetapi fermentasi di dalam bioreaktor meningkatkan hasil enzim sebanyak empat kali ganda dan membenarkan langkah penulenan seterusnya. Pencirian CBH tertulen menunjukkan bahawa kesemua CBH adalah tidak aktif terhadap substrat kristalin seperti Avicel® dan selulosa Sigmacell. Akan tetapi, semua CBH kecuali TTCBH6B menampilkan aktiviti katalisis terhadap substrat glikosida yang terlabel metilumbeliferon ataupun p-nitrofenol. TTCBH6B adalah tidak aktif terhadap kesemua substrat kovensional yang diuji tetapi hanya aktif terhadap oligosakarida yang bersaiz di antara tiga hingga enam unit glukosa. Analisis penambahan CBH mendedahkan bahawa sinergisme di antara koktel selulase komersil Cellic® CTec2 dan CBH hanya berlaku pada nisbah enzim yang spesifik. Pada kepekatan Cellic® CTec2 yang rendah, penambahan TTCBH7B meningkatkan penghasilan gula penurun sebanyak 39% dan menghasilkan 3.6% gula penurun jumlah (TRS). Interaksi sinergisme tidak diperhatikan bagi TTCBH6B dan Cellic® CTec2. Sebaliknya, penambahan TTCBH6B menurunkan sakarifikasi TKKS dengan drastik pada kesemua nisbah enzim yang diuji. ANCBHB meningkatkan sakarifikasi TKKS sebanyak 27% pada muatan enzim optimum dan menghasilkan 39% TRS daripada selulosa TKKS. Oleh itu, ANCBHB muncul sebagai calon yang terbaik di dalam kajian ini bagi aplikasi industri. Analisis komposisi bagi TKKS terhidrolisis menunjukkan bahawa penambahan ANCBHB/TTCBH7B membantu dalam penyingkiran selulosa kristalin walaupun enzim tersebut adalah tidak aktif terhadap substrat kristalin secara individu. Analisis kos mencadangkan bahawa penambahan ANCBHB adalah tidak kos efektif kerana kos penghasilan ANCBHB dijangka melebihi penjimatan kos daripada peningkatan sakarifikasi TKKS. Namun begitu, ANCBHB dijangka sebagai satu calon yang menarik untuk digunakan di dalam penghasilan bioetanol melalui Consolidated Bioprocessing (CBP) kerana kadar penghasilan ANCBHB yang tinggi secara relatif di dalam P. pastoris.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSelobiohidrolase-
dc.subjectBioetanol-
dc.subjectSelulosa kristalin-
dc.subjectEnzim-
dc.subjectPencuraian-
dc.subjectKelapa sawit-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePembangunan selobiohidrolase rekombinan sebagai enzim tambahan untuk pencuraian selulosa tandan kosong kelapa sawit-
dc.typeTheses-
dc.format.pages215-
dc.identifier.barcode002667(2017)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85978+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
226.98 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.