Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499894
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIbrahim Baba, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorAmirah Faizah Abdul Muthalib (P63230)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:35:54Z-
dc.date.available2023-10-13T09:35:54Z-
dc.date.issued2016-08-24-
dc.identifier.otherukmvital:85972-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499894-
dc.descriptionDitiokarbamat (R2NCS2-) adalah daripada kumpulan organosulfur yang telah digunakan secara meluas disebabkan aplikasinya dalam biologi, industri, agrikultur dan bahan kimia. Ligan ditio dianggap sebagai penderma lembut dan menunjukkan keupayaan mengkoordinat dengan baik. Ligan jenis ini membentuk sebatian yang stabil di antara ion peralihan atau bukan peralihan. Sesetengah ditiokarbamat adalah aktif daripada segi farmakologi dan digunakan dalam perubatan ketagihan arak serta telah diuji dalam ujian klinikal untuk pelbagai penyakit termasuk HIV dan kanser. Sebanyak 38 sebatian mono-organostanum(IV) ditiokarbamat baru telah disintesis dengan menggunakan kaedah in-situ. 13 di antara sebatian ini adalah daripada fenilstanum dan butilstanum(IV) ditiokarbamat manakala dua belas sebatian lagi daripada metilstanum(IV) ditiokarbamat. Analisis unsur dan gravimetri menunjukkan formula umum bagi sebatian ini ialah RSnCl[S2CNR'R"]2 (R = C6H5, CH3, C4H9, R' = CH3, C2H5, iC3H7, tC4H9, C7H7, sC4H9 dan R" = C2H5, C6H11, iC3H7, C4H9, C7H7, C3H7 dan C6H13). Sebatian telah dicirikan dengan menggunakan spektroskopi,inframerah, spektroskopi ultralembayung, (1H dan 13C) spektroskopi RMN serta kristalografi sinar-X. Spektrum inframerah bagi sebatian ini menunjukkan tiga jalur penting yang menandakan pembentukan sebatian ditiokarbamat, iaitu jalur v(C N),v(C S) and v(Sn-S) yang hadir masing-masing pada julat 1446-1519, 950-1098 dan 318-350 cm-1. Spektrum ultralembayung telah menunjukkan jalur serapan bagi peralihan π - π* daripada kumpulan NCS pada panjang gelombang 248-259 nm yang disebabkan oleh peralihan cas di antara ligan. Analisis spektroskopi 13C RMN menunjukkan anjakan penting untuk δ(N13CS2) berada pada julat 196.94-201.77 ppm.Hasil analisis termogravimetri daripada lima belas sebatian yang berformula RSnCl[S2CNR'R"]2 (R = C6H5, CH3, C4H9, R' = CH3, C7H7 dan R" = C2H5, C6H11, iC3H7, C7H7) menunjukkan penguraian berlaku secara satu hingga dua peringkat pada suhu maksimum 400 oC dengan residu akhir adalah SnS. Kajian hablur tunggal sinar-X bagi sebatian PhSnCl[S2CN(C2H5)(iC3H7)]2, MeSn[S2CN(Me)(Cy)]2Cl,MeSn[S2CN(i-Pr)(CH2Ph)]2Cl dan BuSn[S2CN(i-Pr)(CH2Ph)]2Cl menunjukkan enam koordinatan di samping bergeometri oktahedron terherot. Setiap hablur mempunyai sistem monoklinik kecuali sebatian MeSn[S2CN(Me)(Cy)]2Cl yang bersistem triklinik. Ujian aktiviti sitotoksik terhadap lima belas sebatian sebatian terpilih telah menunjukkan bahawa setiap sebatian tersebut adalah tidak aktif dan tidak mencatat nilai CD50 kecuali sebatian (C6H5)ClSn[S2CN(C7H7)(iC3H7)]2 yang mencatatkan nilai CD50 sebanyak 20.2 μg/mL. Kesan sitotoksik ini adalah disebabkan oleh kehadiran penukarganti R yang pendek serta kumpulan aromatik dalam sebatian yang meningkatkan sifat lipofilik untuk memudahkan penelapan membran sel. Ujian antibakteria pula menunjukkan sebatian yang mempunyai ligan etil metil ditiokarbamat adalah paling aktif kerana pernah mencatatkan bacaan MIC dan MBC yang terendah, iaitu 1.25 mg/mL diikuti oleh sebatian yang mempunyai penukarganti benzil yang mencatatkan kesan aktiviti biologi yang terendah terhadap ujian MIC dan MBC.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSintesis-
dc.subjectMono-organostanum-
dc.subjectLigan ditio-
dc.subjectDitiokarbamat-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleSintesis, pencirian dan kajian biologi sebatian mono-organostanum(IV) ditiokarbamat-
dc.typeTheses-
dc.format.pages267-
dc.identifier.barcode002660(2017)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85972+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
301.25 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.