Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499854
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Roslinda Shamsudin, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Hamisah Ismail (P60758) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:35:28Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:35:28Z | - |
dc.date.issued | 2017-04-01 | |
dc.identifier.other | ukmvital:85330 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499854 | - |
dc.description | Sekam dan jerami padi merupakan sisa buangan pertanian selepas musim menuai padi. Batu kapur merupakan sumber mineral utama dan mudah diperolehi di Malaysia. Dalam kajian ini, sekam dan jerami dijadikan abu untuk menghasilkan silika (SiO2) dan dicampurkan dengan batu kapur terkalsin untuk menghasilkan bahan bioseramik iaitu β-wolastonit (β-CaSiO3) yang bersifat bioaktif. Penggunaan abu sekam dan abu jerami adalah alternatif bagi SiO2 komersil. Sekam dan jerami dibakar pada suhu 950 oC selama satu jam bagi menghasilkan SiO2 manakala kalsium oksida (CaO) diperolehi daripada proses pengkalsinan batu kapur pada suhu 1100 oC selama 5 jam. Nisbah CaO:SiO2 yang digunakan adalah 50:50, 55:45 dan 60:40 dengan menggunakan kaedah tindak balas keadaan pepejal dan autoklaf. Serbuk hasilan disinter pada suhu 950 oC selama 1, 2 dan 3 jam. Keputusan XRD menunjukkan fasa tunggal β-CaSiO3 berjaya dihasilkan pada nisbah CaO:SiO2 55:45, selepas diautoklaf selama 8 jam dan disinter selama 2 jam untuk abu sekam dan 3 jam untuk abu jerami. Dua jenis teknik pengeringan digunakan untuk menguji sifat kebioaktifan β-wolastonit iaitu pengeringan pada suhu badan (36.5 C) dan pengeringan pada suhu -40 oC menggunakan teknik sejuk beku. Penggunaan teknik pengeringan sejuk beku menghasilkan sampel β-wolastonit abu sekam dan β-wolastonit abu jerami yang lebih tumpat masing-masing 3.12 gcm-3 dan 3.20 gcm-3 berbanding 3.02 gcm-3 (abu sekam) dan 3.03 gcm-3 (abu jerami) yang menggunakan pengeringan suhu badan. Keliangan yang terhasil daripada pengeringan sejuk beku adalah lebih rendah berbanding pengeringan suhu badan masing-masing [56.1 % (abu sekam) dan 47.5 % (abu jerami)] dan [63.9 % (abu sekam) dan 53.8 % (abu jerami)]. Sampel β-wolastonit abu sekam dan abu jerami yang dihasilkan menunjukkan sifat bioaktif apabila diuji dalam larutan simulasi badan (SBF) dengan pembentukan struktur seperti batu karang iaitu apatit. Lapisan apatit telah dikesan pada hari ke-5 rendaman dalam SBF. Semasa proses rendaman terdapat dua jenis kumpulan kalsium fosfat yang terhasil pada permukaan sampel β-wolastonit iaitu kalsium fosfat amorfus (ACP) yang mempunyai julat nisbah molar Ca/P 1.2 - 2.0 dan hidroksiapatit kurang kalsium (CDHA) dengan julat nisbah molar Ca/P 1.5 - 1.67. Sampel β-wolastonit didapati mengalami perubahan fasa daripada berhablur kepada amorfus selepas proses rendaman dalam larutan SBF seperti yang ditunjukkan oleh corak XRD. Pengujian logam berat dalam bahan mentah dan sampel β-wolastonit bagi arsenik, kadmium, plumbum dan merkuri adalah memenuhi piawai ASTM F 1538-03 yang dibenarkan untuk aplikasi sebagai biobahan. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan penggunaan abu sekam, abu jerami dan batu kapur tempatan berpotensi sebagai bahan alternatif untuk menghasilkan bahan bioseramik wolastonit yang bersifat bioaktif. β-wolastonit abu sekam lebih bagus sifat bioaktif berbanding dengan β-wolastonit abu jerami.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Bahan bioseramik | |
dc.subject | Abu sekam padi | |
dc.subject | Abu jerami padi | |
dc.subject | Batu kapur tempatan | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Penghasilan β-wolastonit bioaktif menggunakan sumber silika daripada abu sekam dan abu jerami padi | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 163 | |
dc.identifier.barcode | 002577(2017) | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85330+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 501.48 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.