Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499844
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Musa Ahmad, Prof. Dato' Dr. | - |
dc.contributor.author | Chong Yee May (P46422) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:35:20Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:35:20Z | - |
dc.date.issued | 2016-12-27 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:84632 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499844 | - |
dc.description | Penyelidikan ini difokuskan untuk meneroka reka bentuk sensor yang baru untuk pengesanan akrilamida. Sensor kimia/ biosensor optik yang berasaskan hidrolisis berbes dan amidase serta biosensor elektrokimia berasaskan hemoglobin telah dibangunkan. Tindak balas hidrolisis berbes akrilamida telah dikaji dan dicirikan dengan pengukuran ammonia yang terhasil daripada hidrolisis dengan reagen Nessler. Hasil pemerhatian mendapati serapan kompleks kuning raksa (II) amido-iodin adalah berkadar langsung dengan kepekatan akrilamida yang mengalami hidrolisis. Analisis kuantitatif akrilamida dalam larutan bebes menggunakan kaedah hidrolisis berbes menunjukkan keadaan optimum berlaku apabila natrium hidrosida 6.0 M digunakan selama 10 minit. Julat dinamik untuk rangsangan linear ialah 0-10.00 ppm akrilamida dengan had pengesanan (LOD) 0.07 ppm. Mikrosfera n-butil akrilik (nBA) yang hidrofobik telah diubahsuaikan menjadi lebih bersifat hidrofilik dengan penambahan monomer 2-hidrosil etil metakrilat (HEMA) sebanyak 5, 10, 15 dan 20 % (w/w) daripada keseluruhan isipadu monomer yang digunakan. Mikrosfera nBA tanpa pengubahsuaian juga disintesis sebagai kawalan. Hasil kajian morfologi menunjukkan bahawa dengan penambahan monomer HEMA, taburan julat saiz mikrosfera menjadi lebih sempit dan bermaksud purata saiz menjadi lebih kecil. Reagen Nessler telah dipegunkan ke atas permukaan mikrosfera nBA-ko-HEMA terubahsuaian untuk membangunkan sensor optik akrilamida. Pembentukkan kompleks kuning atas mikrosfera diukur dengan spektrofotometer pantulan. Reagen Nessler terpegun atas mikrosfera nBA-ko-HEMA 20 % menunjukkan kepekaan sensor yang paling tinggi, di mana kompleks terbentuk sempurna selepas 5 minit. Kepekatan akrilamida dalam julat 0.75-20.00 ppm menunjukkan rangsangan linear dengan LOD 0.68 ppm. Satu sensor optik akrilamida berdasarkan hidrolisis amidase turut dibangunkan dalam kajian ini. Bakteria Bacillus sp. strain ZK 34 yang mengandungi ciri amidase telah dipegunkan dalam membran alginat. Akrilamida dihidrolisis oleh amidase dalam bakteria dan menghasilkan ammonia dan kemudian diukur dengan reagen Nessler. Proses hidrolisis berlaku agak lambat iaitu mengambil masa 18 jam. Julat kepekatan dinamik akrilamida yang terperoleh dalam sensor ini ialah 0-50.00 ppm dengan LOD 1.30 ppm. Sensor elektrokimia akrilamida telah dibangunkan berdasarkan pembentukan aduk hemoglobin dengan kehadiran akrilamida. Hemoglobin telah dipegunkan atas mikrosfera nBA-ko-HEMA terubahsuai dengan kumpulan amina atas skin elektrod bercetak karbon. Sensor ini menunjukkan rangsangan linear terhadap akrilamida dalam julat kepekatan 0.01-71.08 ppm (1x10-7 - 1x10-3 M) menggunakan ferosena sebagai media perantara. Sampel makanan digunakan untuk validasikan sensor yang telah dibangunkan dengan kaedah kromatografi cecair prestasi tinggi-ultra lembayung (HPLC-UV). Keputusan validasi didapati bahawa sensor optik akrilamida berasaskan hidrolisis amidase dan biosensor elektrokimia akrilamida berasaskan hemoglobin mempunyai perolehan semula yang baik berbanding dengan kaedah HPLC-UV. Perbandingan semua sensor yang telah dibangunkan didapati bahawa sensor elektrokimia akrilamida menunjukkan prestasi yang paling baik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Akrilamida | - |
dc.subject | Sensor kimia | - |
dc.subject | Biosensor optik | - |
dc.subject | Hemoglobin | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pembangunan sensor kimia dan biosensor untuk penentuan akrilamida | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 182 | - |
dc.identifier.barcode | 002538(2017) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84632+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 409.76 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.