Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499806
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShukor Md Nor, Prof. Dr.
dc.contributor.authorPazil Abdul Patah (P60775)
dc.date.accessioned2023-10-13T09:34:54Z-
dc.date.available2023-10-13T09:34:54Z-
dc.date.issued2015-06-07
dc.identifier.otherukmvital:83989
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499806-
dc.descriptionSatu kajian tentang taburan dan ekologi memerang (Mustelidae) telah dijalankan di semua negeri di Semenanjung Malaysia. Terdapat empat spesies memerang yang pernah direkodkan di Semenanjung Malaysia iaitu Memerang Kecil (Aonyx cinereus), Memerang Licin (Lutrogale perspicillata), Memerang Hidung Berbulu (Lutra sumatrana) dan Memerang Utara (Lutra lutra). Kajian ini bertujuan untuk mengetahui bilangan sebenar spesies memerang yang terdapat di Semenanjung Malaysia dan menilai taburan dan ekologi termasuk pemakanan, keperluan dan pemilihan habitat, dan kemandirian spesies pada masa hadapan. Kompilasi data inventori daripada Jabatan PERHILITAN dan sampel najis dan tisu memerang yang dikutip dari April 2010 hingga September 2013 telah digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan penurunan bilangan individu per kumpulan yang signifikan ke atas A. cinereus (r2=0.1806, df=139, p<0.05) dan L. perspicillata (r2=0.197, df=171, p<0.05) dalam tempoh 20 tahun (1992-2011). Analisis yang serupa bagi L. sumatrana tidak dijalankan kerana bilangan cerapan yang sangat sedikit dan tiada cerapan bagi spesies L. lutra. Kajian genetik molekul telah mengesahkan bahawa hanya tiga spesies memerang sahaja yang terdapat di Semenanjung Malaysia iaitu A. cinereus, L. perspicillata dan L. sumatrana. Ketiga-tiga spesies memerang ini dijumpai di Perak, Kelantan, Pahang, Selangor dan Johor manakala di negeri-negeri lain hanya terdapat A. cinereus dan L. perspicillata. Analisis fragmen najis menunjukkan bahawa A. cinereus dan L. perspicillata boleh hidup bersama melalui pembahagian sumber makanan dan memilih makanan yang berbeza. Sejumlah 73.2% makanan yang diambil oleh A. cinereus adalah invertebrata (bukan-ikan) sementara 90.5% makanan yang diambil oleh L. perspicillata adalah ikan. Kandungan isi perut L. sumatrana pula hanya ikan dan katak. Kajian ini juga mendedahkan mengenai keperluan aktiviti sosial dan keselamatan kumpulan menjadi faktor utama dalam pemilihan habitat yang diduduki. Pemilihan habitat oleh A. cinereus dan L. perspicillata mudah dibezakan di mana A. cinereus memilih habitat sawah padi, bakau, pesisir pantai dan laut sementara L. perspicillata pula menggemari lombong, empangan dan sungai. Pengasingan habitat dan makanan oleh kedua-dua spesies ini menjadikan persaingan terhadap sumber dan ruang adalah rendah. Geographic Information System (GIS) dan model Maximum Entropy menghasilkan ramalan taburan habitat memerang yang sesuai dan mencadangkan A. cinereus banyak tertumpu di bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia sementara L. perspicillata dan L. sumatrana pula taburannya lebih meluas yang meliputi pantai barat, pantai timur dan bahagian tengah Semenanjung Malaysia. Dianggarkan sebanyak 39.3% daripada keluasan Semenanjung Malaysia ini sesuai sebagai habitat memerang, akan tetapi hanya 4.8% sahaja habitat yang sesuai untuk A. cinereus berada di dalam kawasan perlindungan, sementara bagi L. perspicillata dan L. sumatrana pula adalah 20% dan 6.4% masing-masing. Oleh kerana peratusan habitat yang sesuai untuk memerang lebih tinggi di luar kawasan perlindungan, kerjasama semua sektor di dalam masyarakat diperlukan bagi memastikan kemandirian spesies memerang di Semenanjung Malaysia.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectMemerang
dc.subjectMustelidae
dc.titleTaburan dan ekonomi memerang (Mustelidae) di Semenanjung Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages278
dc.identifier.callnoQL737.C25P349 2015 tesis
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83989+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.68 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.