Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499782
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Fredolin Tangang , Prof Dr. | |
dc.contributor.author | Ester Salimun (P48202) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:34:39Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:34:39Z | - |
dc.date.issued | 2015-04-30 | |
dc.identifier.other | ukmvital:82280 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499782 | - |
dc.description | Tesis ini memperihalkan hasil kajian tentang keragaman dan ramalan iklim di Malaysia. Tumpuan kajian adalah kepada impak El Niño konvensional, El Niño Modoki dan Indian Ocean Dipole (IOD) ke atas taburan hujan anomali di Malaysia. Ketiga-tiga fenomena antara-tahunan ini memainkan peranan penting dalam menentukan corak taburan hujan anomali di rantau ini. El Niño Modoki didapati lebih kerap berlaku selepas tahun 1979 dan memberikan impak yang berbeza berbanding El Niño konvensional ke atas taburan hujan di Malaysia. Semasa musim panas bahagian utara (boreal summer), El Niño konvensional memberikan impak yang signifikan di selatan Borneo dan minima di selatan Semenanjung Malaysia. Sebaliknya, semasa El Niño Modoki impaknya menjejaskan kedua-dua kawasan iaitu di bahagian tengah Semenanjung Malaysia dan selatan Borneo. Secara keseluruhannya, impak El Niño Modoki bertambah di Semenanjung Malaysia dan berkurangan di selatan Borneo berbanding El Niño konvensional. Semasa musim sejuk bahagian utara (boreal winter) pula, El Niño konvensional lebih mempengaruhi utara Borneo manakala kesan El Niño Modoki meluas ke arah barat menjejaskan kedua-dua utara Borneo dan utara Semenanjung Malaysia. Ini menunjukkan kedua-dua jenis El Niño ini mewakili mod dominan ko-variasi antara hujan anomali di rantau ini dan suhu permukaan laut (SPL) di Pasifik tropika. Perbezaan corak taburan hujan anomali semasa dua jenis El Niño ini berkaitan dengan pendayaan jauh SPL anomali yang berasal dari timur/tengah Lautan Pasifik (El Niño konvensional/ El Niño Modoki). Perbezaan peredaran Walker antara El Niño konvensional dan El Niño Modoki semasa musim panas dan musim sejuk boreal menyebabkan kesan yang berbeza. Perbezaan-perbezaan tersebut juga berkaitan dengan perbezaan interaksi atmosfera-lautan, SPL dan peredaran anomali rantauan serta corak tiupan angin latar. Perbezaan lokasi dan intensiti peredaran anti siklonik di barat Lautan Pasifik antara kedua-dua jenis El Niño ini turut berperanan penting dalam menentukan perbezaan impak semasa musim sejuk boreal. Kajian ini juga mendapati bahawa fenomena IOD merupakan faktor penting dalam menentukan kekuatan impak di Benua Maritim terutamanya di Indonesia, utara Borneo dan Filipina. Peristiwa El Niño konvensional atau IOD sahaja tidak memberikan impak yang kuat di kawasan tersebut berbanding dengan peristiwa El Niño konvensional bersama kewujudan IOD. Selain itu, model peramalan hujan berdasarkan teknik analisis korelasi kanonik (AKK) menggunakan output model generasi keempat peredaran umum gandingan lautan-atmosfera Kanada (CanCM4) telah dibangunkan. Model ini juga dikenali sebagai model output statistic (MOS). Kajian ini telah menilai peramalan CanCM4 semasa pengakhir (Jan-Feb-Mac) dan permulaan (Okt-Nov-Dis) monsun timur laut di rantau ini. Secara umumnya, CanCM4 dapat mensimulasi hujan klimatologi yang lebih baik semasa pengakhiran berbanding permulaan monsun tersebut. Beberapa model MOS telah diambil kira seperti suhu permukaan laut quasi-global (SPLG), suhu permukaan laut rantauan (SPLR), tekanan aras laut quasi-global (TPLG) dan ketinggian geopotensi 500 hPa quasi-global (Z500G). Kecekapan antara model-model MOS adalah setanding walaupun peramal SPLG dan TPLG mempunyai kecekapan yang lebih baik untuk kedua-dua Semenanjung Malaysia dan utara Borneo. Secara umumnya, peramalan MOS berdasarkan AKK lebih cekap berbanding peramalan terus oleh CanCM4 semasa diawal tempoh masa anjakan sederhana dan lebih lama, terutamanya di utara Borneo. Sumber peramalan boleh di kesan kepada El Niño-Southern Oscillation (ENSO).,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Climatic changes- Environmental aspects-Malaysia. | |
dc.title | Impak El Nino konvensional, El Nino Modoki dan IOD ke atas taburan hujan anomali di Malaysia | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 155 | |
dc.identifier.callno | GBQC903.2.M4 E854 2015 | |
dc.identifier.barcode | 001784 | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_82280+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 7.48 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.