Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499780
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Yang Farina bt Abdul Aziz, Prof. | - |
dc.contributor.author | Erna Normaya Abdullah (P51618) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:34:38Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:34:38Z | - |
dc.date.issued | 2015-05-30 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:82278 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499780 | - |
dc.description | Dalam kajian ini, 4 jenis ligan tiosemikarbazon telah berjaya disintesis dan dilakukan pencirian iaitu ligan asetilpirazina-N(4)-2-hidroksifenil tiosemikarbazon (OHtsc), asetilpirazina-N(4)-4-karboksifenil tiosemikarbazon (COOHtsc), asetilpirazina-N(4)-2-aminofenil tiosemikarbazon (NH2tsc) dan asetilpirazina-N(4)-butil tiosemikarbazon (Butiltsc). Struktur kristalografi sinar-X OHtsc dan NH2tsc menunjukkan molekul terbentuk dalam keadaan tion dengan panjang ikatan ganda dua C=S, 1.680 Å. Data ini turut disokong oleh spektroskopi inframerah, 1H dan 13C RMN dimana spektrum masing-masing terdapat kehadiran kedua-dua kumpulan berfungsi amina (N-H) pada serapan getaran regangan sekitar 3468-3217 cm-1, δ 1H untuk (N-H) pada 9.79-10.98 ppm dan δ 13C untuk C=S pada 170.38-178.30 ppm. Pembentukan polimer koordinatan [Cu(μ-NCS)(μ-L1)]n, dan [Cu(μ-L3)NCS]n terhasil dari tindak balas di antara Cu(II) dengan OHtsc dan NH2tsc manakala tindak balas Ni(II) dengan NH2tsc dan Butiltsc membentuk polimer koordinatan [Ni(μ-L3)]n dan [Ni(μ-L4)NCS]n. Logam pusat bagi polimer koordinatan ini berjejambat melalui pirazina membentuk geometri oktahedron dan segi empat piramid yang dibuktikan melalui pencirian spektroskopi inframerah dimana pembentukan jejambat ini telah menyebabkan berlakunya serapan inframerah pirazina tidak aktif. Analisis kristalografi sinar-X bagi [Ni(μ-L4)NCS]n menunjukkan panjang ikatan jejambat melalui pirazina Ni-N1 dan Ni-N2 masing-masing bernilai 1.95 dan 2.08 Ǻ. Analisis kristalografi sinar-X terhadap kompleks [Ni(L1)2] dan [Zn(L1)2] membuktikan berlaku perubahan panjang ikatan C-S dari 1.68 Å kepada 1.73 Å dan pelebaran sudut N4-C7-N5 dari 113 ° kepada 117 ° berbanding ligan bebas OHtsc dimana kedua-dua kompleks ini berbentuk oktahedron terherot. Kompleks [Ni2(μ-NCS)(L1)2], [Ni(μ-NCS)(L2)2], [Ni(L3)NCS] dan [Cu(L4)NCS] terbentuk sebagai kompleks tiosemikarbazon tiosianat dengan serapan getaran regangan tiosianat ν(NCS) masing-masing pada 2113, 2106, 2089 dan 2067 cm-1. Sifat kimia sebatian berdasarkan cas atom, orbital molekul, kereaktifan global, kefungsian fukui dan keupayaan elektrostatik molekul dikira dan dianalisis menggunakan kaedah teori kefungsian kepadatan (DFT). Metil 3-[1-(2-pirazil)etilidina] hidrazinakarboditiota (reaktan A) yang mempunyai "hardness" yang rendah (0.7468 eV), "softness" yang tinggi (0.6695 eV-1), keupayaan kimia yang tinggi (-6.2846 eV) dan keelektronegatifan yang rendah (6.2846 eV) bertindak sebagai elektrofilik manakala kumpulan amina (reaktan B) yang bersifat sebaliknya bertindak sebagai nukleofilik dalam mekanisme pembentukan OHtsc, COOHtsc, NH2tsc dan Butiltsc.,Ph.D | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Coordination compounds. | - |
dc.title | Sintesis, pencirian dan kajian teori kefungsian kepadatan terhadap ligan asetilpirazina-4N-terbitan fenil tiosemikarbazon dengan ion divalen Ni, Cu, dan Zn | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 347 | - |
dc.identifier.callno | QD474 .E778 2015 | - |
dc.identifier.barcode | 001782 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_82278+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 9.86 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.