Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499771
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Ambar Yarmo,Prof Dr-
dc.contributor.authorMohammad Norazmi Ahmad (P51861)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:34:32Z-
dc.date.available2023-10-13T09:34:32Z-
dc.date.issued2015-04-30-
dc.identifier.otherukmvital:82268-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499771-
dc.descriptionProtease merupakan enzim yang terpenting di dalam industri kerana kepelbagaian aplikasinya di dalam bidang-bidang kritikal khususnya seperti makanan, farmaseutikal dan surfaktan. Oleh kerana, kebanyakan protese yang dikomersialkan adalah berasal daripada haiwan, dan mikrobial maka aplikasinya adalah terhad disebabkan oleh isu agama. Justeru itu, tumbuhan tempatan telah menjadi sumber alternatif bagi penghasilan protease bagi menampung permintaan yang semakin meningkat di seluruh dunia. Di dalam kajian ini, buah bacang (Mangifera foetida Lour) telah dipilih kerana keunikkan sifatnya seperti melepuh apabila kulit manusia tersentuh dengan getah buah bacang. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji proses pengekstrakan, penulenan dan pencirian protease daripada sumber baru iaitu buah bacang. Proses pengekstrakan dilakukan dengan membandingkan sumber-sumber protease (buah, kulit dan biji bacang) bagi menentukan sumber tertinggi aktiviti protease sebelum dilakukan proses penyaringan dan pengoptimuman pengekstrakan menggunakan kaedah konvesional dan perisian gerak balas permukaan (RSM). Faktor-faktor yang disaring dan dikaji ialah pH, CaCl2, Triton X-100 dan 1,4-dithiothreitol (DTT) dan didapati parameter optimum pengekstrakan adalah pada pH 6.0, 8.07 mM CaCl2, 5% (v/v) Triton X-100 dan 10 mM DTT. Kemudian polifenol di dalam ekstrak kasar protease disingkirkan dengan menggunakan polivinilpolipirolidon (PVPP), Dowex 2-x8 atau gabungan PVPP dengan Dowex 2-x8 dan ekstrak kasar terbaik (PVPP) dilakukan pemendakan pada 20% ammonium sulfat. Interaksi ikatan hidrogen bagi kompleks PVPP-fenol dan Dowex-fenol dikira dan ditentukan dengan menggunakan kaedah teori fungsi ketumpatan (DFT). Seterusnya, ekstrak kasar tersebut ditulenkan dengan menggunakan kromatografi turus penukar ion dietilamino etil (DEAE)-sefarose yang telah dioptimumkan prosesnya (0.1 mL/min, tempoh berhenti sebentar selama 40 minit, 1.6 X 12.5 cm dan 5 mL sampel). Protease tulen tersebut dilakukan pencirian dan berdasarkan kepada ujian natrium dodekil sulfat gel poliakrilamida elektroforesis (SDS-PAGE) dan kalorimetri imbasan pembeza (DSC), protease tersebut merupakan protease serin [aktiviti protease terencat apabila dieramkan dengan fenil metil sulfonil florida (PMSF)] yang mempunyai berat molekul (Mw) dan nilai Tm sebanyak 12.6 kDa dan 61°C. Nilai Vmax bagi protease serin ini ialah 0.0047 mM/min (kawalan dan dengan kehadiran PMSF) manakala km ialah 47.7 μM.(kawalan) dan 77.6 μM (kehadiran PMSF). Kaedah DFT yang digunakan menunjukkan adanya ikatan kovalen di dalam kompleks PMSF-serin protease. Protease serin ini stabil pada suhu 30-45°C dan pH 5-6 serta optimum pada suhu 45°C dan pH 6. Penambahan ion logam (Ca2+, Mg2+, Zn2+), surfaktan (Triton X-100, Tween 20), agen penurunan (natrium dithionit, natrium thiosulfat dan natrium benzoat) dan kesan ultrasonik (10-60 W) didapati telah meningkatkan aktiviti protease manakala Mn2+, Sn2+ dan Hg2+, dan SDS merencatkan aktiviti protease. Masa pengasaian dan substrat terbaik ialah 10 minit dan kasein. Protease serin ini mempunyai kestabilan tinggi terhadap 50% (v/v) larutan organik dan agen pengoksidaan (hidrogen peroksida, natrium perborat dan natrium klorit). Protease serin ini mempunyai kestabilan yang tinggi terhadap autokatalis pada kepekatan protein yang rendah. Peratusan pengaslian semula protease serin ini telah meningkat apabila kepekatan protein menurun. Berdasarkan kepada ujian MALDI-TOF MS, pemetaan jujukan protease serin ini tidak menyamai dengan mana-mana protein di dalam data NCBI, Mascott dan BLAST dan ini menunjukkan protease ini adalah protease baru,Ph.D-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePengekstrakan, penulenan dan pencirian protease serin daripada mangifera foetida lour (buah bacang)-
dc.typeTheses-
dc.format.pages375-
dc.identifier.callnoQP609.P78 M637 2015-
dc.identifier.barcode001772-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82268+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
7.63 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.