Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499770
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Sahrim Hj.Ahmad, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Norazwani Muhammad Zain (P53210) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:34:32Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:34:32Z | - |
dc.date.issued | 2014-04-08 | |
dc.identifier.other | ukmvital:82267 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499770 | - |
dc.description | Perekat struktur memerlukan kebolehtahanan yang tinggi terutamanya pada persekitaran yang basah dan lembap. Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji ketahanan perekat poliuretana (PU) daripada modifikasi kaprolakton dengan poliesteramida minyak isirong kelapa (PPKO) yang menghasilkan poliol polikaprolakton (PCL), terikat aloi aluminium di dalam keadaan kering dan penuaan hidroterma. Poliol PCL dihasilkan melalui proses pempolimeran bukaan gelang ε- kaprolakton yang dimulakan oleh 1,6 diol heksana (HDO) dan PPKO pada suhu 110oC selama 2 jam. Sebanyak lima jenis poliol PCL yang dihasilkan dengan nisbah HDO:PPKO yang berbeza iaitu 100:0, 75:25, 50:50, 25:75 dan 0:100. Analisis fizikal dan kimia bagi poliol PCL seperti kelikatan, ketumpatan, FTIR, nombor hidroksil, dan berat molekul telah dijalankan ke atas poliol. Keputusan daripada ujian mekanik dan terma yang dilakukan ke atas ikatan perekat PU berasaskan poliol PCL menunjukkan nisbah 75:25 merupakan nisbah yang optimum dan poliol ini telah digunakan untuk mengkaji kesan nisbah isosianat:hidroksil (NCO:OH) ke atas pematangan dan ketahanan perekat PU. Terdapat empat nisbah NCO:OH yang berbeza yang digunakan di dalam kajian ini iaitu 1.3, 1.5, 1.7 dan 2.0. Keputusan daripada ujian ricih dan kupasan menunjukkan kekuatan perekat PU dalam keadaan kering meningkat apabila kandungan NCO meningkat. Namun begitu, pada nisbah 2.0, ketahanan perekat mengalami kemerosotan di dalam keadaan hidroterma yang disebabkan oleh mikrolompang yang terbentuk di dalam matrik PU2.0. Kajian ini juga tertumpu kepada kajian mengenai interaksi mekanik antara perekat dan permukaan substrat aluminium (AA2024-T3) dengan menjalankan dua kaedah rawatan permukaan yang berlainan ke atas substrat untuk meningkatkan kekuatan jeleketan dan antara muka; iaitu rawatan silana (γ-GPS) dan punaran beralkali (NaOH). Sifat-sifat mekanik, sifat terma, analisis kimia FTIR, XPS serta morfologi telah dijalankan. Kesan rawatan permukaan ke atas ketahanan perekat PU dalam keadaan kering dan hidroterma juga dikaji. Ikatan perekat sangat bergantung kepada rawatan permukaan yang dijalankan ke atas substrat yang mana kekuatan ricih telah meningkat sebanyak dua hingga lapan kali ganda bagi sampel terawat NaOH dan terawat silana berbanding dengan sampel tidak terawat. Bahan-bahan kimia yang digunakan dan kaedah rawatan adalah faktor utama dalam memberikan sifat lekatan yang baik di antara resin perekat dan substrat. Kaedah rawatan yang berbeza juga menghasilkan kekasaran permukaan yang berbeza dan ia mempengaruhi pembasahan di antaramuka cecair/substrat. Rawatan silana menghasilkan pembasahan dan ikatan perekat yang lebih baik berbanding rawatan punaran beralkali. Selain itu, suhu hidroterma juga mempengaruhi ketahanan perekat di mana semakin tinggi suhu, kadar kemerosotan ikatan perekat semakin meningkat. Analisis permukaan patah selepas ujian ricih bertindih tunggal pula menunjukkan permukaan substrat yang tidak dilitupi oleh lapisan perekat bagi sampel terawat silana lebih kecil berbanding dengan sampel terawat NaOH. Ini bermakna rawatan silana dapat memperbaiki prestasi kekuatan antaramuka perekat PU dan substrat lebih baik daripada rawatan NaOH baik dalam keadaan kering atau dalam keadaan hidroterma.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Perekat poliuretana berasaskan kaprolakton terubahsuai dengan biopemula poliesteramida minyak isirong kelapa sawit bagi ikatan aloi aluminium | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 198 | |
dc.identifier.callno | TP1180.P8 N646 2014 | |
dc.identifier.barcode | 001771 | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_82267+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 15.64 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.