Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499767
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Talib Latif, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Nurul Bahiyah Abd Wahid (P55930) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:34:30Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:34:30Z | - |
dc.date.issued | 2015-01-30 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:82265 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499767 | - |
dc.description | Surfaktan adalah salah satu bahan pencemar di dalam udara yang mampu mempengaruhi perubahan iklim global di samping memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan untuk menentukan komposisi, ciri-ciri serta pembahagian sumber bagi surfaktan dalam aerosol atmosfera, khususnya di kawasan bandar (pusat bandaraya Kuala Lumpur) dan separa bandar (Bangi, Selangor). Sampel aerosol atmosfera telah dikumpulkan dari Ogos 2010 hingga April 2011 mengikut monsun yang berbeza di Malaysia. Pensampelan aerosol dijalankan dengan menggunakan alat pensampelan udara berisipadu tinggi (HVS), dengan kadar alir 1.13 m3 min-1 untuk mendapatkan sampel zarahan halus (< 1.5 μm) dan zarahan kasar (> 1.5 μm). Selain itu, sampel zarahan dari ekzos diesel dan petrol serta sampel debu jalan turut dikumpul. Analisis kolorimetrik telah dijalankan untuk menentukan kepekatan surfaktan anionik sebagai sebatian aktif metilena biru (MBAS) dan surfaktan kationik sebagai sebatian aktif disulfina biru (DBAS). Serapan ditentukan dengan menggunakan spektrofotometer ultra lembayung boleh nampak (UV-Vis) pada panjang gelombang 650 nm (MBAS) dan 628 nm (DBAS). Di samping itu, komposisi ionik bagi setiap sampel telah dikesan dengan menggunakan kromatografi ion untuk kation (Na+, NH4+, K+, Mg2+, Ca2+) dan anion (F-, Cl-, NO3-, SO42-). Analisis komponen utama (PCA) digabungkan dengan regresi linear berganda (MLR) telah digunakan untuk mengenalpasti pembahagian sumber bagi MBAS dan DBAS berdasarkan komposisi ionik. Hasil kajian menunjukkan bahawa kepekatan surfaktan di kedua-dua lokasi pensampelan telah dikuasai oleh MBAS berbanding DBAS untuk semua monsun yang dikaji. Perbandingan di antara stesen pensampelan menunjukkan bahawa kepekatan MBAS di Kuala Lumpur adalah lebih tinggi berbanding dengan Bangi dengan nilai 324.30 ± 18.57 dan 142.53 ± 14.92 pmol m-3 pada Monsun Barat Daya, manakala 291.18 ± 45.20 dan 191.69 ± 13.28 pmol m-3 pada Monsun Timur Laut, masing-masing. Kepekatan surfaktan dalam zarahan halus (< 1.5 μm) didapati lebih tinggi daripada zarahan kasar (> 1.5 μm). Tiga sumber utama surfaktan telah dikenal pasti daripada analisis PCA-MLR untuk MBAS dalam sampel zarahan halus di Kuala Lumpur, yang didominasi oleh kenderaan bermotor, diikuti oleh debu tanah/jalan dan semburan laut. Bagi MBAS dalam zarahan kasar, pembakaran biojisim/semburan laut adalah sumber dominan diikuti oleh kenderaan bermotor/debu jalan dan bahan binaan. Ujian korelasi Pearson pula menunjukkan bahawa surfaktan anionik sebagai MBAS mempunyai korelasi positif dengan NOx (p < 0.01) dan SO2 (p < 0.01), serta korelasi negatif dengan O3 (p < 0.01). Bagi analisis surfaktan dari pelbagai sumber yang mungkin, jelaga dari ekstrak ekzos kenderaan diesel mencatatkan nilai yang paling tinggi dengan purata kepekatan 1.41 ± 0.09 μg g-1 bagi MBAS dan 0.32 ± 0.06 μg g-1 bagi DBAS. Bagi sifat-sifat surfaktan pula, jelas menunjukkan bahawa tegangan permukaan berkurang apabila kepekatan surfaktan meningkat. Kesan pendedahan terhadap sinar ultra lembayung dan ozon juga menunjukkan penurunan kepekatan surfaktan yang ketara. Keseluruhannya, hasil kajian membuktikan bahawa surfaktan di kawasan bandar dan separa bandar adalah didominasi oleh sumber antropogenik khususnya kesan kenderaan bermotor dan kepadatan trafik. Pengurusan pelepasan kenderaan bermotor yang boleh menyumbang kepada jumlah surfaktan yang tinggi di kawasan bandar perlu dipertimbangkan semula bagi membangunkan persekitaran bandar yang lebih baik pada masa depan.,Ph.D | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Komposisi, ciri-ciri dan pembahagian sumber bagi surfaktan dalam aerosol atmosfera di Kuala Lumpur dan Bangi, Malaysia | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 237 | - |
dc.identifier.callno | QC463.S94 N846 2015 | - |
dc.identifier.barcode | 001769 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_82265+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.96 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.