Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499766
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAhmad Abas Kutty,Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorNadzifah Yaakub (P39446)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:34:29Z-
dc.date.available2023-10-13T09:34:29Z-
dc.date.issued2015-03-24-
dc.identifier.otherukmvital:82264-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499766-
dc.descriptionKajian ketoksikan akut telah dijalankan selama 4 hari menggunakan sistem statik dan diperbaharui di dalam makmal (pencahayaan 12 jam cerah: 12 jam gelap) yang dikawal suhu pada 28-30°C. Objektif kajian ini ialah mengkaji ketoksikan dan biopemekatan serta sensitiviti lapan (8) spesies organisma air tawar terpilih iaitu udang (Macrobrachium lanchesteri), dua spesies ikan (Rasbora sumatrana dan Poecilia reticulata), siput (Melanoides tuberculata), ostrakoda (Stenocypris major), cacing (Nais elinguis), chironomid (Chironomus javanus) dan berudu (Duttaphrynus melanostictus) terhadap logam kuprum (Cu), kadmium (Cd), mangan (Mn) dan ferum (Fe). Ujian kronik bagi melihat pengawal aturan logam Cu, Cd, Mn dan Fe dalam udang M. lanchesteri di dalam makmal selama 20 hari juga telah dijalankan. Kematian organisma telah direkod dan nilai kepekatan kematian median (LC50) serta masa kematian median (LT50) dianalisis menggunakan program probit. Spektrofotometer Serapan Atom (AAS) dan Spektrometer Jisim Plasma Gandingan Aruhan (ICP-MS) digunakan untuk menganalisis logam, manakala parameter kualiti air diukur menggunakan alat Hydrolab Quanta®. Biopemekatan logam dalam organisma ditentukan dengan kaedah penghadaman asid diakhir ujian ketoksikan akut 96 jam. Kajian ketoksikan kronik juga telah dijalankan selama 30 hari di makmal 'University of California Davis', Amerika Syarikat menggunakan ikan medaka juvenil, Oryzias latipes. Makanan ikan yang mengandungi logam Cd (5, 10 dan 20 mg/kg) diberikan setiap hari untuk mengkaji tumbesaran, keupayaan hidup dan biopemekatan. Purata parameter kualiti air sepanjang kajian adalah pH 6.68 ± 0.22, suhu 29.39 ± 0.47oC, kekonduksian 180 ± 46 μS/cm, oksigen terlarut 6.27 ± 0.27 mg/L dan keliatan air 18.72 ± 1.72 mg/L. Hasil kajian ini mendapati ketoksikan logam adalah berbeza bergantung kepada logam dan organisma kajian. Masa dan kepekatan kematian median (LT50 dan LC50) masing-masing meningkat dengan pengurangan kepekatan pendedahan dan masa bagi semua logam. Berdasarkan nilai kepekatan kematian median (96 jam-LC50), didapati bahawa logam Cu dan Cd adalah paling toksik terhadap organisma. Logam Cu paling toksik terhadap R. sumatrana, P. reticulata, M. tuberculata, N. elinguis dan D. melanostictus, manakala Cd paling toksik terhadap M. lanchesteri, C. javanus dan S. major. Hasil ujian biopemekatan pula mendapati kepekatan logam dalam tisu organisma meningkat dengan peningkatan kepekatan pendedahan. Sensitiviti organisma adalah berbeza bergantung kepada organisma, masa pendedahan dan logam kajian. Kajian bagi menentukan pengawal aturan logam Cu, Cd, Mn dan Fe dalam udang M. lanchesteri menunjukkan tiada trend yang nyata terhadap pengawal aturan logam berdasarkan data biopemekatan. Hasil kajian kronik ikan medaka pula mendapati tumbesaran ikan tidak berbeza secara signifikan berbanding ikan kawalan (p>0.05). Kematian hanya berlaku pada kepekatan makanan tertinggi iaitu 20 mg/kg sebanyak 15%. Hasil biopemekatan dalam tisu ikan menunjukkan ia meningkat dengan peningkatan kepekatan makanan yang diberikan. Kajian ini juga menentukan kriteria kepekatan maksimum (CMC) logam bagi ekosistem air tawar di Malaysia. Berdasarkan separuh dari nilai akut akhir (FAV) bagi Cu, Cd, Fe dan Mn, nilai CMC masing-masing adalah 1.3, 1.5, 37.2 dan 39.1 μg/L.,Ph.D-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectHeavy metals-Environmental aspects.-
dc.titleKetoksikan logam kadmium, kuprum, mangan dan ferum terhadap organisma air tawar-
dc.typeTheses-
dc.format.pages265-
dc.identifier.callnoQH545.H42 N335 2015-
dc.identifier.barcode001768-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82264+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
27.67 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.