Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499754
Title: Penghasilan dan pencirian nanozarah argentum oleh ekstrak akueus liken ramalina dumeticola dan parmotrema praesorediosum
Authors: Ropisah Me (P60779)
Supervisor: Azizan Ahmad, Prof. Dr.
Keywords: Nanozarah argentum
Parmotrema praesorediosum
Ekstrak akueus liken
Ramalina dumeticola
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 22-Feb-2016
Description: Nanozarah argentum (Ag) dihasilkan menggunakan kaedah biomimetik melalui tindak balas penurunan larutan argentum nitrat (AgNO3) dan ekstrak akueus liken (Ramalina dumeticola dan Parmotrema praesorediosum). Kedua-dua liken ini adalah dikaji buat pertama kali untuk penyelidikan nanozarah Ag. Ekstrak akueus liken ditindak balas dengan larutan 1 mM AgNO3 pada suhu bilik selama 24 jam. Analisis awal penghasilan nanozarah Ag dilakukan menggunakan spektroskopi penyerapan ultra-lembayung (UL). Keputusan menunjukkan skala penyerapan UL adalah pada 400 – 450 nm. Nanozarah Ag di dapati kekal berada di dalam larutan selepas 30 hari bertindak balas. Seterusnya pencirian fizikal nanozarah Ag dilakukan menggunakan beberapa teknik seperti mikroskopi elektron transmisi (TEM), mikroskopi elektron imbasan pancaran medan-sinar-X terserak (FESEM-EDX) pembelauan sinar-X (XRD) dan penyerakan cahaya dinamik (DLS). Nanozarah Ag yang dihasilkan oleh AQRD-T menunjukkan puncak penyerapan UL pada 433 nm, dengan saiz purata 13 nm berdasarkan analisis TEM dan 17.1 nm berdasarkan analisis XRD. Manakala nanozarah Ag yang dihasilkan oleh AQPP-T menunjukkan puncak penyerapan pada 408 nm, dengan saiz purata 19 nm berdasarkan analisis TEM dan 15.4 nm berdasarkan analisis XRD. Kehadiran nanozarah Ag disahkan lagi dengan analisis spektrum EDX yang menunjukkan puncak penyerapan Ag pada 3.0 KeV. Analisis DLS mendapati saiz purata nanozarah Ag yang terampai di dalam larutan adalah 64 nm (larutan AQRD-T) dan 67 nm (larutan AQPP-T). Seterusnya, aktiviti antibakteria bagi nanozarah Ag diuji ke atas sembilan bakteria iaitu Staphylococcus epidermidis, methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA), Bacillus subtilis, Streptococcus faecalis, Proteus vulgaris, Pseudomonas aeruginosa, Serratia marcescens, Salmonella typhi dan Escherichia coli menggunakan kaedah peresapan cakera. Nanozarah Ag menunjukkan perencatan yang setara atau lebih baik berbanding larutan AgNO3 bergantung kepada bakteria yang digunakan. Nanozarah Ag yang dihasilkan ini menunjukkan potensi sebagai agen antibakteria.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 144
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82189+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
377.22 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.