Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499752
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorLee Yook Heng, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorWong Pooi See (P45117)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:34:21Z-
dc.date.available2023-10-13T09:34:21Z-
dc.date.issued2016-03-17-
dc.identifier.otherukmvital:82185-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499752-
dc.descriptionPenyelidikan ini memfokuskan kepada pembangunan empat jenis sensor amperometri untuk penentuan ion aluminium (III) dan kuprum (II) berasaskan lapisan swahimpunan terbentuk pada permukaan elektrod karbon bercetak skrin terubahsuai zarah nano emas (SPE_AuNP). Elektrod karbon bercetak skrin karbon diubahsuai dengan zarah nano emas melalui kaedah pemendapan elektroforesis, pertumbuhan perantaraan biji dan penyalutan titisan. Prestasi elektrokimia SPE_AuNP yang terubahsuai dinilai dengan mengkaji luas permukaan elektroaktif dan faktor kekasaran elektrod terubahsuai. Swahimpunan lapisan tunggal L-sisteina, asid merkaptopropanoik atau asid merkaptosuksinik pada permukaan SPE_AuNP untuk membina sensor logam ini adalah melalui ikatan kovalen Au-S. Lapisan swahimpunan L-sisteina di atas SPE_AuNP berfungsi sebagai ligan bagi pengesanan ion kuprum (II) dan sensor yang disediakan berdasarkan penurunan elektrokimia ion kuprum (II) kepada kuprum (I). Sensor ion kuprum (II) berasaskan lapisan swahimpunan L-sisteina pada SPE_AuNP yang diubahsuai dengan kaedah pertumbuhan perantaraan biji dan penyalutan titisan memaparkan rangsangan linear dinamik terhadap ion kuprum (II) masing-masing dalam julat 32 – 4.0 x 104 nM (R2= 0.9870) dan 120 – 4.0 x 104 nM (R2= 0.9837) dengan had pengesanan (LOD) sensor ion kuprum (II) masing-masing pada 20 nM dan 40 nM dibawah keadaan optimum iaitu masa penumpukan 10 minit dan larutan penumpukan dengan pH 6.5. Kebolehulangan (n = 7) kedua-dua sensor kuprum (II) ini adalah < 11.48 % sishan piawai relatif (RSD). Sensor kimia amperometri ion aluminium (III) pula dibangunkan berasaskan lapisan swahimpunan asid merkaptosuksinik pada SPE_AuNP melalui fabrikasi kaedah penyalutan titisan. Asid markaptosuksinik yang mempunyai kumpulan berfungsi asid dikarboksilik yang kaya elektron merupakan ligan yang berkesan bagi pengikatan ion aluminium (III). Kalium feriksianida yang dipegunkan dalam membran polivinil alkohol digunakan sebagai penunjuk redoks. Peningkatan arus puncak anod kalium feriksianida adalah berkadar langsung dengan kepekatan ion aluminium (III). Sensor ini menunjukkan rangsangan linear dinamik dalam julat 41.4 – 12.4 x 104 nM (R2= 0.9817), LOD 37.0 nM dan kebolehulangan 5.98 – 6.30 % RSD (n = 6) di bawah keadaan amali iaitu masa penumpukan 10 minit dan larutan penumpukan pH 3.6. Biosensor ion aluminium juga dibangunkan dengan pemegunan molekul dopamina secara ikatan kovalen di atas lapisan swahimpunan asid merkaptopropanik yang terbentuk pada SPE_AuNP yang disediakan dengan kaedah penyalutan titisan. Penurunan arus puncak anod dopamina diperhatikan apabila didedahkan kepada ion aluminium (III). Biosensor ini memberikan rangsangan linear terhadap ion aluminium (III) dalam julat kepekatan 0.02 -1.00 μM (R2 = 0.9938), LOD 0.005 μM dan kebolehulangan 5.14 -6.56% RSD (n = 6) dengan masa penumpukan 10 minit dan larutan penumpukan pH 4.6. Sensor ion aluminium (III) dan kuprum (II) yang berdasarkan lapisan swahimpunan pada permukaan SPE_AuNP yang diubahsuai dengan kaedah penyalutan titisan menunjukkan keselektifan yang baik. Prestasi elektrokimia kedua-dua sensor ion aluminium (III) adalah lebih baik daripada yang telah dilaporkan. Manakala, kedua-dua sensor ion kuprum (II) menunjukkan prestasi elektrokimia yang setanding dengan sensor berasaskan swahimpunan lapisan L-sisteina di atas elektrod emas yang pernah dilaporkan.,1. Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" 2. Tesis dalam bentuk CD ini mempunyai 2 naskhah-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSensor amperometri-
dc.subjectAluminium-
dc.subjectSwahimpunan-
dc.subjectNano emas-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleSensor amperometri kuprum (ii) dan aluminium (iii) berasaskan lapisan swahimpunan di atas zarah nano emas-
dc.typeTheses-
dc.format.pages186-
dc.identifier.barcode002452(2016)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82185+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
325.75 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.