Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499736
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorUmar Hamzah, Prof. Dr.
dc.contributor.authorMohd Akhmal Muhamad Sidek (P69557)
dc.date.accessioned2023-10-13T09:34:12Z-
dc.date.available2023-10-13T09:34:12Z-
dc.date.issued2016-06-20
dc.identifier.otherukmvital:82173
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499736-
dc.descriptionIntegrasi kaedah geofizik iaitu graviti udara bebas, magnet dan seismos telah dilakukan di sekitar kawasan laut dalam, Lembangan Baratlaut Sabah. Sebanyak 6 buah telaga berkedalaman sehingga Lewat Miosen dan 16 buah profil seismos berbilang saluran digunakan untuk mengkaji struktur dibawah permukaan. Pentafsiran sempadan jujukan data perigi rakaman hasil sintetik seismogram, kolerasi perubahan aras laut global dan data biostratigrafi telah menemukan 4 sempadan jujukan iaitu Seafloor hingga R4 yang berusia Resen hingga Lewat Miosen telah menunjukan persekitaran kuno dari zon laut dalam berjulat Bathial Bawah hingga Bathial Atas. Manakala penemuan sempadan jujukan daripada data seismos hasil pencirian pengakhiran strata dan fasies seismos telah menemukan 9 sempadan jujukan iaitu Seafloor hingga R8 yang berusia Resen hingga Paleosen. Pengikatan antara data rakaman perigi dan data seismos dilakukan untuk menghubungkan penemuan sempadan-sempadan jujukan dan mengubah skala masa kepada skala kedalaman untuk profil seismos. Terdapat tiga fitur geologi yang dikenalpasti hasil analisis seismos iaitu Simulasi Bawah Reflektor, kehadiran gas hidrat dan pencirian struktur gunung bawah laut. Analisis rekonstruksi struktur Jalur Lipatan Sungkup dan Zon Kepingan Tujah menunjukkan jumlah magnitud pemendekan tinggi di bahagian selatan manakala menurun di utara dengan julat masing-masing 14.7 km dan 0.9 km serta proses pemendekan meningkat dengan pertambahan usia. Peta anomali graviti udara bebas EGM2008 dan magnet EMAG2 telah digunakan dalam kajian ini. Anomali graviti dan magnet yang rendah di sekitar Palung Sabah ditafsirkan berasosiasi dengan tren tektonik pada arah barat daya-timur laut. Manakala anomali graviti dan magnet positif yang tinggi di kawasan tenggara ditafsirkan sebagai mewakili sedimen tebal Peta Terbitan Mendatar Jumlah dan Dikonvolusi Euler 3D graviti dan magnet, keseluruhannya menunjukan linemen sesar hampir bertepatan dengan tren sesar pengkaji terdahulu iaitu barat daya-timur laut. Kombinasi data graviti dan magnet melalui permodelan GMSYS telah dilakukan untuk mentafsir struktur bawah permukaan yang lebih dalam berbanding dengan keratan seismos. Hasil permodelan kerak menunjukkan morfologi kedalaman Moho dengan jumlah ketebalan agak sekata sekitar 26 hingga 32 km. Kedalaman Moho yang tinggi terletak di sekitar barat daya dan semakin menurun ke arah tenggara kawasan kajian.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectIntegrasi
dc.subjectGeofizik
dc.subjectSubpermukaan laut dalam
dc.subjectLembangan Barat Laut
dc.subjectSabah
dc.subjectGeophysics -- Mathematics -- Malaysia
dc.titleIntegrasi pentafsiran geofizik dan kajian geologi rantau untuk memodel dan memetakan subpermukaan laut dalam, Lembangan Barat Laut, Sabah
dc.typeTheses
dc.format.pages382
dc.identifier.callnoQE505.5.M833 2016 tesis
dc.identifier.barcode002288(2016)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82173+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.8 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.