Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499733
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorLee Yook Heng, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorYew Pei Ling (P57557)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:34:10Z-
dc.date.available2023-10-13T09:34:10Z-
dc.date.issued2016-10-03-
dc.identifier.otherukmvital:82170-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499733-
dc.descriptionBeberapa sensor berasaskan konsep pengesanan baru yang melibatkan penggunaan mikrosfera akrilik dan nanosfera silika telah dibinakan dalam kajian ini. Aplikasi nano/mikrosfera meningkatkan keupayaan pengikatan, kadar peresapan, tindak balas pengesanan dan seterusnya memperbaiki keseluruhan prestasi rangsangan sensor. Tiga jenis sensor telah dibangunkan iaitu merangkumi sensor reflektometri untuk ion K+ dan karagenan sementara sensor amperometri untuk DNA Denggi. Bagi pembinaan sensor, mikrosfera akrilik (0.8–3.0 μm) dan nanosfera silika (65–84 nm) masing-masing disintesis melalui teknik pempolimeran radikal bebas dan pempolimeran bermangkin bes. Reflektometri digunakan sebagai transduser sensor optik kerana kelebihannya dalam mengatasi masalah fotopenguraian pewarna yang terlibat dalam pembinaan sensor optik. Sensor ion K+ reflektrometri dibangunkan secara pemegunan Nile Biru dan valinomisin ke dalam mikrosfera akrilik sebagai matriks pengesanan ion K+. Sensor ion K+ memaparkan kepekaan 43.15 Δkeamatan/dekad (R2 = 0.961) dalam julat kepekatan yang lebar iaitu 0.01–1000 mM dan had pengesanan rendah (LOD) 0.01 mM. Sedangkan itu, sensor reflektometri untuk penentuan karagenan juga dapat dibinakan secara ringkas dengan memegunkan Metilena Biru ke dalam mikrosfera akrilik. Sensor karagenan menunjukkan rangsangan terhadap karagenan-Iota dalam julat kepekatan 80–5000 ppm dengan kepekaan 377.5 Δkeamatan/dekad (R2 = 0.980) dan LOD 80 ppm. Sensor DNA amperometri pula direkabentuk dengan memegunkan prob DNA virus Denggi ke atas nanosfera silika, yang disalutkan bersama nanozarah emas ke atas elektrod bercetak skrin karbon. Penghibridan prob DNA terpegun dengan sasaran DNA ditentukan melalui pengukuran perubahan arus asid antrakuinon monosulfonik redoks. Sensor DNA Denggi mempamerkan julat rangsangan linear terhadap sasaran DNA iaitu, 10-9–5 μM (R2 = 0.970) dengan LOD mencapai julat femtoMolar. Penggunaan nano/mikrosfera berupaya menghasilkan had pengesanan lebih baik, meningkatkan kestabilan dan masa hayat sensor, memperbaikkan sifat kebolehulangan dan kebolehasilan sensor. Kesemua sensor tersebut juga terbukti dalam kajian ini mempunyai kegunaan dalam bidang analisis elektrolit klinikal (sensor ion K+), analisis makanan (sensor karagenan) dan diagnosis penyakit Denggi (sensor DNA).,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSfera polimer-
dc.subjectSensor-
dc.subjectNano mikrosfera-
dc.subjectDetectors-
dc.titleSensor analisis berasaskan sfera polimer-
dc.typeTheses-
dc.format.pages205-
dc.identifier.callnoTK7871.674.Y439 2016 tesis-
dc.identifier.barcode002285(2016)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82170+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
654.73 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.