Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499729
Title: Bionanokomposit adunan polietilena berketumpatan tinggi / polietilena tereftalat kitar semula berpenguat gentian hibrid sekam padi dan nanotiub karbon
Authors: Mohd Hafizuddin Ab Ghani (P63304)
Supervisor: Sahrim Hj. Ahmad, Prof. Dr.
Keywords: Bionanokomposit
Sekam padi
Nanotiub karbon
Kitar semula polietilena
Polymeric composites.
Issue Date: 30-Jul-2016
Description: Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji sifat mekanik, fizikal, terma dan morfologi bahan komposit yang dihasilkan melalui adunan polimer kitar semula polietilena berketumpatan tinggi (rHDPE) / polietilena tereftalat (rPET) berpenguat gentian hibrid sekam padi (SP) dan nanotiub karbon multi-dinding (MWCNT). Sifat kekuatan regangan, lenturan, hentaman dan serapan lembapan bahan telah dijalankan. Analisis terma bahan dikaji dengan menggunakan kaedah analisis terma gravimetri (TGA) dan kalorimeter imbasan perbezaan (DSC). Analisis spektroskopi infra-merah transformasi Fourier (FTIR) turut dijalankan selain pemeriksaan morfologi dengan menggunakan mikroskop imbasan elektron (SEM). Penghasilan bahan dalam penyelidikan ini melalui kaedah penyemperitan skru-kembar searah diikuti dengan proses tekanan panas dan sejuk. Kajian dimulakan dengan penghasilan campuran polimer adunan antara rHDPE dan rPET bersama agen pengserasi, etilena-glisidil metakrilat (E-GMA; 0-7.5 %bt). Adunan polimer rHDPE/rPET/E-GMA dengan nisbah 75/25/5 (PAR5) telah dipilih kerana adunan tersebut telah menunjukkan kadar peningkatan kira-kira 7-26% kekuatan regangan dan lenturan berbanding dengan rHDPE. Penambahan nanotiub karbon terawat (MWCNT; 0-5 %bt) dalam PAR5 pada peringkat kedua turut meningkatkan sifat mekanik dan terma bahan nanokomposit. Analisis SEM mengesahkan ikatan antara muka kedua-dua fasa yang lebih baik. Pada peringkat ketiga, biokomposit dihasilkan dengan menambahkan sekam padi (SP) berbeza komposisi (40-80 %bt) ke dalam matriks adunan rHDPE/rPET tanpa rawatan dan terawat dengan E-GMA. Hasil kajian menunjukkan bahawa sifat regangan dan lenturan telah meningkat dengan ketara. Biokomposit berasaskan matriks adunan polimer terawat disediakan dengan kehadiran 3 %bt agen pengserasi, malik anhidrida polietilena (MAPE) dan 70 %bt SP mempamerkan sifat mekanik yang lebih baik berbanding sampel lain. Bionanokomposit berpengisi hibrid dengan penambahan nanotiub karbon berbilang dinding terawat (MWCNT; 0-5 %bt) diadun bersama 70 %bt SP dan PAR5, turut merekodkan peningkatan bagi sifat mekanik dan terma bahan. Penambahan gentian hibrid telah meningkatakan lagi sifat regangan dan lenturan bahan yang dihasilkan, tetapi mengurangkan sifat hentaman. Analisis fizikal penyerapan air diperiksa dalam dua medium yang berbeza iaitu air suling dan air laut. Biokomposit dan bionanokomposit masing-masing dengan kandungan pengisi SP dan MWCNT yang tinggi (50 %bt SP dan 3 %bt MWCNT ke atas) menunjukkan kadar serapan yang lebih ketara dalam kedua-dua medium. Analisis terma daripada TGA dan DSC menunjukkan peningkatan dalam kestabilan terma apabila kepekatan SP dan MWCNT bertambah. Keputusan kajian menunjukkan sampel yang dihasilkan dengan kehadirian 3 %bt MWCNT merekodkan sifat mekanik, fizikal dan terma antara yang lebih baik berbanding sampel yang lain. Daripada hasil kajian, dapat disimpulkan bahawa bionanokomposit berpenguat sekam padi berasaskan matiks polimer adunan kitar semula/nanotiub karbon boleh dijadikan sebagai bahan alternatif terhadap komposit konvensional dalam kesinambungan terhadap pembangunan komposit termaju.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 139
Call Number: TA418.9.C6M835 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82167+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
90.91 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.