Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499635
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNazlina Ibrahim, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorRohazila Mohamad Hanafiah (P64853)
dc.date.accessioned2023-10-13T09:33:19Z-
dc.date.available2023-10-13T09:33:19Z-
dc.date.issued2015-09-26
dc.identifier.otherukmvital:80379
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499635-
dc.descriptionStreptococcus mutans merupakan bakteria yang menyebabkan penyakit karang gigi. Penyakit karang gigi disebabkan oleh perlekatan dan pembentukan biolapisan bakteria pada permukaan gigi. Melastoma malabathricum merupakan tumbuhan herba di Malaysia yang mempunyai aktiviti antimikrob serta digunakan secara tradisional untuk merawat pelbagai penyakit. Kajian ini mengenalpasti potensi ekstrak batang M. malabathricum sebagai bahan antimikrob yang bertindak menghalang perlekatan dan pembentukan biolapisan. Objektif kajian ini adalah untuk memahami mekanisme tindakan ekstrak M. malabathricum terhadap pertumbuhan S. mutans. Batang M. malabathricum telah diekstrak dengan menggunakan 4 jenis pelarut termasuk n- heksana, diklorometana, aseton dan metanol. Pemeriksaan awal ujian antibakteria iaitu asai sebaran cakera menunjukkan bahawa ekstrak batang daripada aseton dan metanol mempunyai zon perencatan terhadap S. mutans. Ekstrak kasar batang daripada pelarut aseton dan metanol mempunyai zon perencatan terhadap S. mutans. Ujian MIC, MBC, antibiolapisan dan perlekatan pula telah mendapati ekstrak kasar batang aseton adalah lebih aktif bagi merencat S. mutans apabila dibandingkan dengan ekstrak kasar metanol. Ekstrak kasar daripada batang (aseton) telah dipilih untuk dipisahkan kepada beberapa fraksi melalui kromatografi cecair vakum (KCV) dan menghasilkan 12 fraksi. Fraksi 9 didapati paling aktif dalam aktiviti antibiolapisan dan antiperlekatan terhadap S. mutans. Fraksi 9 telah dipisahkan kepada 13 sub fraksi melalui kromatografi cecair prestasi tinggi (HPLC) untuk menentukan sub fraksi yang paling aktif merencat perlekatan dan pembentukan biolapisan. Penyaringan antibakteria yang dilakukan menggunakan sub fraksi yang terhasil menunjukkan sub fraksi 12 adalah paling aktif merencat aktiviti perlekatan dan pembentukan biolapisan oleh S. mutans. Analisis GCMS dan ujian fitokimia menunjukkan ekstrak aseton, fraksi 9 dan sub fraksi 12 mengandungi terpena, steroid dan asid lemak. Pemerhatian SEM dan TEM menunjukkan kesemua sampel telah merosakkan dinding, pengeluaran kandungan sitoplasma dan mengurangkan isipadu sel. Aktiviti antibakteria telah menunjukkan ekstrak kasar merupakan agen antibakteria yang paling aktif berbanding bahan uji yang lain. Oleh itu, kajian lanjutan untuk memahami tindakan ekstrak kasar terhadap S. mutans telah dilakukan melalui analisis transkriptom. Modulasi pengekspresan gen yang signifikan bagi mengawalatur pelbagai sasaran di dalam tapak jalan glikolisis, peptidoglikan, sistem penderiaan kuorum, pembentukan biolapisan, tapak jalan pembahagian sel, sintetase aminoasil-tRNA dan ribosom telah dikenalpasti. Kesimpulan kajian ini mendapati mekanisme tindakan ekstrak kasar, fraksi 9 dan sub fraksi 12 daripada M. malabathricum adalah dengan mencurai dinding sel dan menyebabkan kandungan bahan sel keluar daripada sitoplasma dan merencat aktiviti perlekatan serta pembentukan biolapisan.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectMelastomataceae
dc.subjectStreptococcus mutans
dc.subjectPenyakit karang gigi
dc.subjectAntimikrob
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleEkstrak batang melastoma malabathricum merencat aktiviti perlekatan, pembentukan biolapisan dan pertumbuhan streptococcus mutans
dc.typeTheses
dc.format.pages206
dc.identifier.callnoQK495.M514R649 2015 tesis
dc.identifier.barcode002051 (2016)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80379+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
432.99 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.