Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499625
Title: Pertalian filogeni, genetik populasi dan biogeografi Macaca fascicularis, Macaca nemestrina dan Trachypithecus cristatus dari Malaysia
Authors: Muhammad Abdul Latiff Abu Bakar (P67761)
Supervisor: Badrul Munir Md Zain, Prof. Madya Dr.
Keywords: Macaca fascicularis
Macaca nemestrina
Trachypithecus cristatus
Pemuliharaan primat
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 11-May-2015
Description: Pertalian filogeni, genetik populasi dan biogeografi primat famili Cercopithecidae di Malaysia masih belum berjaya dijelaskan sepenuhnya. Macaca fascicularis (kera),Macaca nemestrina (beruk) dan Trachypithecus cristatus (lutong kelabu) merupakan tiga spesies primat yang penting di dalam konteks pemuliharaan primat di Malaysia kerana mengalami penurunan populasi selain terlibat di dalam konflik hidupan liar dan manusia. Objektif kajian ini ialah menyemak semula kedudukan taksonomi, mengkaji aspek genetik populasi dan biogeografi ketiga-tiga spesies menggunakan jujukan DNA mitokondria Sitokrom b (Cyt b), D-loop dan Sitokrom C Oksidase Subunit I (COI). Metodologi yang digunakan di dalam kajian ini ialah persampelan sampel genetik tidak invasif, amplifikasi DNA, penjujukan dan analisis filogeni, genetik populasi serta biogeografi. Jujukan berjulat 450-1100 pasangan bes mewakili lokus dari spesies berbeza telah diperolehi. Hasil analisis menunjukkan bahawa M. fascicularis di Semenanjung Malaysia tergolong di dalam kumpulan kera Indochina yang tiba di Semenanjung Malaysia sekitar ~0.49 juta tahun yang lampau (MYA) melalui jalan lautan dan plat Pentas Benua. Pengkelasan M. f. laetta di Pulau Tioman ditolak manakala status M. f. rgentimembris di Pulau Redang tidak dapat disahkan. Status genetik populasi kera di Semenanjung Malaysia menunjukkan kestabilan takungan gen di antara populasi kera di negeri Johor, Perak dan Kelantan. Perkongsian haplotip di antara populasi ini juga tidak dikesan. M. nemestrina dianggarkan mencapah dari populasi Sumatera sekitar 0.51 MYA dan tiba ke Semenanjung Malaysia melalui plat Pentas Benua. Populasi beruk yang unik dari segi genetik dan ciri morfologi juga telah dikenalpasti di Perak. Pengkelasan lutong kelabu di Semenanjung Malaysia sebagai T. selangorensis ditolak, sebaliknya hanya dikelaskan sebagai T. c. selangorensis. Radiasi populasi T. c. selangorensis ke Semenanjung Malaysia dianggarkan berlaku sekitar 2.62 MYA melalui laluan Siva-Malaya. Penanda molekul Cyt b, D-loop dan COI terbukti berkesan di dalam kajian penentuan status taksonomi, genetik populasi dan juga biogeografi primat Cercopithecidae. Hasil yang diperolehi di dalam kajian ini mampu meningkatkan kefahaman mengenai aspek pertalian filogeni, genetik populasi dan evolusi primat di Malaysia. Ia secara tidak langsung akan membantu pihak berkuasa khususnya Jabatan PERHILITAN di dalam merangka pelan pengurusan dan pemuliharaan primat Malaysia yang melibatkan data di peringkat genetik.,Ph.D.
Pages: 279
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80371+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
291.25 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.