Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499576
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSahrim Hj. Ahmad, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorChen Ruey Shan (P68038)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:32:54Z-
dc.date.available2023-10-13T09:32:54Z-
dc.date.issued2015-10-09-
dc.identifier.otherukmvital:80120-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499576-
dc.descriptionPolimer bertetulang gentian semula jadi yang mengandungi nanozarah tanah liat menjadi pendekatan baru yang menjanjikan untuk mendapatkan produk yang baru. Sisa plastik dan pertanian semakin menarik minat untuk dijadikan sebagai sumber bahan mentah yang murah disebabkan isu kitar semula yang semakin dititikberatkan. Kajian ini memberi tumpuan ke atas peningkatan sifat mekanik, fizikal dan terma adunan polietilena ketumpatan tinggi/polietilena tereftalat kitar semula (rHDPE/rPET) melalui penambahan agen penguat pelbagai skala. Komposit adunan rHDPE/rPET diperkukuh dengan gentian sekam padi (SP), nanozarah tanah liat (Cloisite® 10A) dan gabungan kedua-dua pengisi dihasilkan. Kesemua komposit ini difabrikasi dengan menggunakan mesin penyemperitan skru berkembar searah serta diikuti dengan proses tekanan panas dan sejuk. Dalam sistem adunan rHDPE/rPET, kesan komposisi adunan dan penambahan agen pengserasian terhadap sifat komposit dilaporkan. Adunan rHDPE/rPET (75/25 bt/bt) terawat dengan 5 % agen pengserasian E-GMA menunjukkan peningkatan kira-kira 7-26 % dalam sifat regangan dan kekuatan lenturan berbanding dengan rHDPE. Analisis FTIR dan SEM bagi adunan terawat mengesahkan interaksi kimia dan ikatan antara muka antara kedua-dua fasa yang lebih baik. Untuk mengkaji ciri biokomposit, kandungan SP yang berbeza (40-80 %bt) telah ditambah ke dalam matriks adunan rHDPE/rPET yang tidak terawat dan terawat (5 % EGMA). Hasil kajian menunjukkan bahawa sifat-sifat regangan, lenturan, penyerapan air dan pembengkakan ketebalan meningkat dengan ketara dengan peningkatan kandungan SP. Biokomposit berasaskan matriks polimer adunan terawat mempamerkan sifat mekanik dan kestabilan dimensi yang lebih tinggi berbanding biokomposit berasaskan matriks polimer adunan tidak terawat. Keputusan analisis terma daripada TGA, DSC dan ujian ketahanan api menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kestabilan terma apabila kandungan gentian SP yang ditambah meningkat. Dalam nanokomposit tanah liat, kesan keserasian antara polimer dan tanah liat, kaedah penyediaan komposit, parameter penyemperitan dan kandungan tanah liat telah diselidiki. Difraktogram XRD menunjukkan bahawa nanokomposit disediakan oleh kaedah penyemperitan dua langkah mempunyai penyebaran tanah liat yang lebih baik dalam polimer adunan berbanding dengan komposit yang diperbuat melalui satu-langkah pengkompaunan. Penggabungan tanah liat meningkatkan modulus dan sifat terma adunan rHDPE/rPET. Kandungan tanah liat yang lebih rendah telah mencapai penyebaran yang lebih baik, seperti yang ditentukan dalam difraktogram XRD. Dalam sistem komposit hibrid pengisi, pelbagai kandungan nanozarah tanah liat (1-9 %bt) telah ditambahkan ke dalam polimer adunan terawat (rHDPE/rPET/E-GMA) biokomposites mengandungi 70 %bt RH dikupelkan dengan MAPE. Penambahan hibrid pengisi (70 %bt SP dan 1-3 %bt tanah liat) telah meningkatkan kedua-dua sifat regangan dan hentaman, kestabilan terma dan rintangan kemudahbakaran komposit jika dibandingkan dengan adunan tulin, sekam padi biokomposit dan tanah liat nanokomposit. Menariknya, sifat-sifat ini dipertingkatkan lagi dengan menggunakan proses pengadunan leburan berbanding dengan proses pengadunan kering langsung. Dalam proses pengadunan leburan, adunan rHDPE/rPET terawat yang berpenguat nanozarah tanah liat digunakan sebagai matriks dalam pembuatan SP-nanokomposit. Daripada keputusan ini, komposit berpengisi sekam padi berasaskan matriks polimer adunan/tanah liat boleh digunakan dalam aplikasi baru atau sebagai bahan alternatif yang berpotensi dalam pembangunan komposit.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPolyethylene-
dc.subjectTanah liat-
dc.subjectSekam padi-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKomposit adunan polietilena berketumpatan tinggi / polietilena tereftalat kitar semula berpenguat sekam padi dan nanozarah tanah liat-
dc.typeTheses-
dc.format.pages202-
dc.identifier.callnoTP1180.P65C486 2015 tesis-
dc.identifier.barcode002021 (2016)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80120+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
291.25 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.