Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499569
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Saiful Hafizah Hj. Jaaman, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Lam Weng Siew (P67475) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:32:52Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:32:52Z | - |
dc.date.issued | 2015-02-07 | |
dc.identifier.other | ukmvital:80108 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499569 | - |
dc.description | Penjejakan indeks dipertingkat merupakan strategi pengurusan portfolio yang penting dalam pelaburan saham kerana ia berupaya membantu dalam pembentukan portfolio optimum bagi mencapai min pulangan portfolio yang lebih tinggi daripada min pulangan indeks pasaran saham. Intipati penjejakan indeks dipertingkat adalah untuk mendapat ralat penjejakan indeks yang minimum tanpa membeli kesemua komponen indeks pasaran saham. Penjejakan indeks dipertingkat mempunyai dua objektif iaitu memaksimumkan min pulangan portfolio dan meminimumkan ralat penjejakan indeks. Sehingga kini, empat model matematik pengoptimuman penjejakan indeks dipertingkat adalah model hasil tambah berpemberat, model pengaturcaraan gol, model pengaturcaraan linear serta model kekangan. Empat model ini merupakan model matematik pengoptimuman yang mempunyai fungsi objektif berlainan untuk menjejak indeks pasaran saham. Keempat-empat model ini menggunakan ukuran ralat penjejakan indeks yang berasaskan konsep varians. Kajian lepas menunjukkan bahawa kelemahan utama model sedia ada ini adalah penggunaan ukuran ralat penjejakan indeks yang berasaskan konsep varians. Konsep varians menunjukkan bahawa pelabur tidak mengambil kira berkenaan min pulangan portfolio sama ada lebih tinggi atau lebih rendah daripada min pulangan indeks pasaran saham yang merupakan tanda aras. Di samping itu, model sedia ada tidak mengambil kira faktor pemaksimuman entropi dalam pembentukan portfolio optimum. Pemaksimuman entropi merupakan faktor yang penting kerana ia dapat meningkatkan prestasi portfolio optimum yang dibentuk. Oleh itu, matlamat utama kajian ini adalah untuk membina model pengoptimuman penjejakan indeks dipertingkat baharu yang mampu memberi prestasi portfolio optimum yang paling tinggi daripada model sedia ada. Dalam kajian ini, data pulangan saham-saham yang membentuk Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) dari Julai 1993 hingga Julai 2009 digunakan, tempoh kajian mewakili satu kitaran ekonomi yang lengkap iaitu pertumbuhan ekonomi, kemelesetan ekonomi dan pemulihan ekonomi. Di samping itu, tempoh kajian dari Julai 2009 hingga Disember 2013 juga digunakan iaitu selepas pengemaskinian Indeks KLCI. Model baharu yang memberi prestasi tertinggi dalam pasaran saham Malaysia dibina dengan membuat penambahbaikan ke atas model pengaturcaraan gol yang telah dikenalpasti sebagai model terbaik antara model-model sedia ada. Bagi mengatasi kelemahan model-model sedia ada yang menggunakan konsep varians sebagai ukuran ralat penjejakan indeks, model baharu dibina dengan menggunakan ukuran ralat penjejakan indeks yang berasaskan konsep semi varians. Ukuran ralat penjejakan indeks berasaskan konsep semi varians adalah lebih sepadan dengan kehendak pelabur yang mementingkan min pulangan portfolio yang lebih tinggi daripada min pulangan indeks pasaran saham. Tambahan pula, model baharu ditambahbaik dengan memasukkan faktor pemaksimuman entropi bagi meningkatkan prestasi portfolio optimum yang dijana. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa model baharu memberikan prestasi portfolio optimum yang tertinggi di antara kesemua model bagi ketiga-tiga subtempoh ekonomi yang berlainan serta untuk tempoh selepas Indeks KLCI dikemaskini. Kajian ini adalah signifikan dan penting kerana pembinaan model baharu ini akan memberikan sumbangan dan manfaat kepada pelabur individu dan pelabur institusi dalam penambahan kekayaan dan seterusnya menjana pendapatan negara selaras dengan hasrat menjadi negara maju menjelang tahun 2020.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Mathematical models | |
dc.subject | Investment analysis | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.subject | Pasaran saham | |
dc.title | Pemodelan bermatematik penjejakan indeks dipertingkat dalam pengoptimuman portfolio di pasaran saham Malaysia | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 255 | |
dc.identifier.callno | QA401.L344 2015 tesis | |
dc.identifier.barcode | 002027 (2016) | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_80108+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 435.77 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.