Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499552
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShukor Md Nor, Prof. Dr.
dc.contributor.authorAbdul Malek Mohd Yusof (P37694)
dc.date.accessioned2023-10-13T09:32:45Z-
dc.date.available2023-10-13T09:32:45Z-
dc.date.issued2015-08-27
dc.identifier.otherukmvital:80062
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499552-
dc.descriptionKawasan perlindungan memainkan peranan yang penting untuk pemuliharaan kepelbagaian biologi. Memulihara dan memelihara kawasan perlindungan merupakan pendekatan secara holistik dalam mengekalkan kepelbagaian spesies flora dan fauna dunia dari ancaman gunatanah yang tidak terancang dan terkawal. Terdapat tiga objektif utama dalam kajian ini iaitu i) mengemaskini dan menyediakan maklumat terbaru berkaitan dengan status pengurusan dan kemapanan kawasan perlindungan hidupan liar di Semenanjung Malaysia, ii) mengenalpasti jenis gunatanah di dalam dan di luar kawasan perlindungan hidupan liar dan menganalisa kesannya terhadap kualiti kemapanan kawasan perlindungan tersebut, iii) mengkelaskan semula status 35 kawasan perlindungan hidupan liar di Semenanjung Malaysia yang sedia ada. Dalam kajian yang dijalankan ini, imej satelit dari Landsat Thematic Mapper-TM dengan 30 m resolusi untuk tahun 1989, 1996 dan 2005 bagi 15 kawasan perlindungan telah digunakan. Data dari imej satelit ini diproses menggunakan ERDAS dan ArcGIS 9.2 supaya peta gunatanah dapat disediakan dan dianalisis untuk membandingkan peratusan perubahan gunatanah yang berlaku dalam dua tempoh iaitu antara 1988-1996 dan 1996-2005. Tekanan gunatanah dalam kawasan perlindungan pula menggunakan data satelit imej pada tahun 2005. Dalam kajian ini, jenis gunatanah telah dikategorikan kepada tujuh iaitu kawasan binaan, kawasan cerang, hutan, kelapa sawit, getah, belukar dan badan air mengikut resolusi Landsat TM. Tekanan ke atas kawasan perlindungan dapat ditentukan berdasarkan jenis gunatanah yang terdapat di 5 km sekeliling kawasan perlindungan. Selain itu faktor-faktor yang perlu ada dalam membantu pengurusan kawasan perlindungan adalah lebih penting memandangkan ianya mempengaruhi keseluruhan kawasan perlindungan tersebut. Oleh itu kaedah Monitoring Effectiveness Tracking Tools (METT) digunakan bagi menilai kualiti serta keberkesanan pengurusan kawasan perlindungan. Hasil kajian mendapati majoriti gunatanah yang terdapat di 5 km sekeliling kawasan perlindungan terdiri dari tanaman getah dan kelapa sawit diikuti dengan kawasan berhutan yang kebanyakannya adalah kawasan hutan simpan. Terdapatnya perbezaaan tekanan daripada luar setiap kawasan perlindungan bergantung kepada jenis gunatanah. Tekanan yang paling tinggi terhadap kawasan perlindungan jika gunatanah tersebut terdiri dari kawasan binaan. Kajian menggunakan METT mendapati bahawa empat kawasan perlindungan mendapat markah melebihi nilai 70 kerana kawasan ini diberi perhatian oleh kerajaan. Manakala dua belas kawasan perlindungan mendapat markah kurang dari 60. Dengan menggabungkan METT dan tekanan gunatanah, kawasan perlindungan dapat dikelaskan kepada empat kategori iaitu satu dikategorikan sangat baik, tiga dikategorikan sebagai baik, sepuluh dikategorikan kurang baik manakala satu dikategorikan lemah. Kesimpulan dari hasil kajian ini mendapati kawasan perlindungan yang diuruskan dengan baik oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman negara (PERHILITAN) mendapat markah yang tinggi berbanding yang diuruskan dengan tidak sempurna. Kelestarian sesuatu kawasan perlindungan bergantung kepada pelbagai faktor termasuk juga jenis-jenis gunatanah yang terdapat di sekelilingnya.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectHidupan liar
dc.subjectKawasan perlindungan
dc.subjectPemuliharaan kepelbagaian biologi
dc.titleStatus kawasan perlindungan hidupan liar di Semenanjung Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages232
dc.identifier.barcode002009(2016)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80062+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
618.28 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.