Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499528
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Sahrim Hj. Ahmad, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Syazana Ahmad Zubir (P52588) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:32:34Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:32:34Z | - |
dc.date.issued | 2014-10-04 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:79884 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499528 | - |
dc.description | Polimer memori bentuk (SMP) merupakan bahan pintar yang mempunyai kebolehan untuk berubah bentuk apabila dikenakan stimuli luaran. Antara bahan SMP termasuklah polinorbonin, polietilena tereptalat dan poliuretana. Namun, kebanyakan kajian terhadap bahan SMP lebih menfokuskan penggunaan sumber petroleum berbanding sumber yang boleh diperbaharui. Oleh itu, dalam kajian ini, poliuretana memori bentuk (SMPU) dihasilkan dengan menggantikan poliol berasaskan petroleum sehingga 40% nisbah molar dengan poliol minyak kelapa sawit (POP). SMPU berasaskan POP telah berjaya disediakan melalui proses pempolimeran dua-peringkat dengan menggunakan polikaprolakton diol (PCL) iaitu poliol berasaskan petroleum sebagai segmen lembut. Dua jenis pengisi, nanozarah tanah liat (Cloisite 30B) dan partikel nanotiub karbon dinding berlapis (MWNT) telah ditambah ke dalam SMPU secara berasingan dan kesan penambahannya terhadap sifat terma, mekanik dan memori bentuk dianalisa. Sifat mekanik didapati meningkat dengan penambahan kandungan poliol minyak kelapa sawit dan nilai maksimum didapati pada 20% nisbah molar POP. Kehabluran SMPU berkurang dengan bertambahnya kandungan POP disebabkan oleh pengurangan kandungan hablur PCL yang hadir. Walau bagaimanapun, kehadiran struktur berhablur masih mencukupi untuk menunjukkan sifat ketetapan bentuk yang efisien bagi SMPU sehingga 20% kandungan POP. Sementara itu, bagi SMPU dengan penambahan nanozarah tanah liat (Cloisite 30B), partikel tanah liat bertindak sebagai agen penukleusan dan meningkatkan pembentukan struktur berhablur segmen lembut. Oleh itu, sifat ketetapan bentuk PU-40 berpengisi 1% bt Cloisite 30B didapati meningkat sebanyak 10.8% berbanding SMPU tanpa pengisi. Sifat regangan turut meningkat dengan penambahan nanozarah tanah liat pada kandungan 1 dan 3% bt disebabkan oleh penyebaran nanozarah tanah liat yang baik dalam matrik SMPU. Kehadiran nanozarah tanah liat juga meningkatkan kestabilan terma bagi semua sampel SMPU disebabkan oleh sifat kestabilan terma nanozarah tanah liat yang tinggi dan juga interaksi antaramuka yang baik di antara nanozarah tanah liat dengan matrik SMPU. Penemuan yang sama didapati bagi nanokomposit SMPU dengan penambahan nanotiub karbon. Kehadiran kumpulan fungsian –OH pada MWNT meningkatkan interaksi antaramuka antara MWNT dan matrik SMPU, jesteru menghasilkan nanokomposit SMPU yang berprestasi tinggi. Masa pemulihan bentuk bagi nanokomposit SMPU berpengisi MWNT berkurang manakala, penambahan kandungan Cloisite 30B meningkatkan masa pemulihan bentuk nanokomposit SMPU. Ini disebabkan sifat Cloisite 30B yang merupakan penebat haba yang baik sementara MWNT mempunyai sifat kekonduksian terma yang tinggi. Secara umumnya, SMPU berasaskan poliol minyak kelapa sawit menunjukkan peningkatan dalam sifat terma, mekanik dan memori bentuk pada kandungan POP yang tertentu berbanding SMPU berasaskan petroleum.,PhD | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Nanozarah tanah liat dan nanotiub karbon | - |
dc.subject | Poliuretana memori | - |
dc.subject | Poliol minyak kelapa sawit | - |
dc.subject | Shape memory polymers | - |
dc.title | Kesan penambahan nanozarah tanah liat dan nanotiub karbon terhadap poliuretana memori bentuk berasaskan poliol minyak kelapa sawit | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 194 | - |
dc.identifier.callno | TA455.P585S974 2014 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 001052;001054 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_79884+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 7.34 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.