Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499517
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorShahriyah Ali (P42584)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:32:29Z-
dc.date.available2023-10-13T09:32:29Z-
dc.date.issued2014-02-01-
dc.identifier.otherukmvital:76225-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499517-
dc.descriptionKajian ini dijalankan bagi mengkaji impak kualiti penyampaian penjagaan kesihatan menerusi penggunaan Sistem Sokongan Keputusan Klinikal (SSKK) khusus bagi pelan rawatan pesakit (SSKK-PR) di dalam satu kajian kes. Lima objektif dikenal pasti bagi mencapai matlamat kajian, iaitu 1) mengukur tahap kepentingan SSKK, 2) mengukur tahap prestasi SSKK-PR, 3) mengukur tahap manfaat penggunaan SSKK-PR, 4) mengukur perbezaan tahap kepentingan SSKK dan tahap prestasi SSKK-PR, dan 5) menguji hubungan di antara prestasi SSKK- PR dan manfaat penggunaan SSKK-PR. Berpandukan kajian lepas dan gambar rajah Sebab-Akibat, sebab-sebab yang mempengaruhi kualiti penyampaian penjagaan kesihatan dikenal pasti dan hubung kaitnya dengan sistem sokongan dikaji untuk membentuk pengukuran manfaat penggunaan SSKK. Seterusnya berdasarkan instrumen kualiti perkhidmatan SERVQUAL, model kejayaan sistem maklumat DeLone dan McLean, model kepuasan pengkomputeran pengguna akhir dan kajian lepas, faktor-faktor kejayaan kritikal sistem sokongan ditentukan untuk membangunkan instrumen pengukuran kualiti sistem sokongan berskala Likert tujuh-mata, yang terdiri dari soal selidik Kepentingan bagi mengukur SSKK dan soal selidik Prestasi bagi mengukur SSKK-PR. Seterusnya data klinikal berasaskan-bukti berjumlah 278,271 rekod pesakit diperoleh dari syarikat RareSpecies Corporation Sdn. Bhd. dan digunakan untuk menjana pelan rawatan pesakit bagi enam penyakit, iaitu J02.9, J03.9, J06.9, J30.4, M62.6 dan N39.0. Soal selidik dan pelan rawatan ini digunakan dalam satu kajian kes yang melibatkan 60 orang Penyedia Perkhidmatan Kesihatan (PPK) dalam ujian kebolehgunaan. Melalui analisis kebolehpercayaan dan kesahan konvergen, pengukuran kualiti sistem sokongan diperoleh, yang terdiri dari 31 item yang digolongkan dalam enam dimensi, iaitu kandungan, janaan, penggunaan, maklum balas, antara muka dan pembangunan. Hasil kajian menunjukkan subjek kajian berpendapat tahap kepentingan SSKK dan tahap prestasi SSKK-PR adalah tinggi kerana nilai median bagi enam dimensi masing-masing berada dalam julat 6.00 dan 7.00. Hasil kajian juga menunjukkan subjek kajian mempunyai persepsi positif yang tinggi terhadap manfaat penggunaan SSKK-PR kerana nilai median yang dicatatkan adalah 6.00 bagi kesemua 14 aspek pengukuran. Melalui ujian Wilcoxon T, didapati terdapat perbezaan signifikan di antara kepentingan SSKK dan prestasi SSKK-PR pada masa sebelum dan selepas didedahkan dengan aplikasi SSKK-PR dalam ujian kebolehgunaan bagi pegawai perubatan, namun sebaliknya bagi penolong pegawai perubatan. Analisis Kepentingan-Prestasi yang dijalankan menunjukkan enam dimensi kualiti sistem sokongan mempunyai prestasi yang memuaskan kerana kesemua dimensi berada di sempadan kuadran ataupun di titik pertemuan kesemua kuadran, kecuali dimensi penggunaan bagi penolong pegawai perubatan yang berada dalam kuadran 'kekalkan prestasi'. Melalui ujian korelasi Spearman, didapati terdapatnya hubungan positif yang signifikan yang mengimplikasikan bahawa subjek kajian berpendapat peningkatan prestasi SSKK-PR berhubungan dengan peningkatan terhadap manfaat yang diperoleh daripada penggunaan SSKK-PR. Kesimpulannya, keputusan baik yang diperoleh menunjukkan bahawa SSKK-PR berupaya menambah baik kualiti penyampaian penjagaan kesihatan dalam skop kajian ini.,PHD-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectKualiti penyampaian penjagaan kesihatan-
dc.subjectSistem sokongan keputusan klinikal-
dc.subjectPelan rawatan pesakit-
dc.subjectDiagnosis--Decision making--Data processing-
dc.subjectMedical care--Quality control-
dc.titleKualiti penyampaian penjagaan kesihatan menerusi sistem sokongan keputusan klinikal bagi pelan rawatan pesakit : satu kajian kes-
dc.typeTheses-
dc.format.pages195-
dc.identifier.callnoRC78.7.D35 S534 2014-
dc.identifier.barcode000861-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76225+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.45 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.