Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499510
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Lee Yook Heng, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Dedi Futra (P45770) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:32:27Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:32:27Z | - |
dc.date.issued | 2013-05-22 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:75176 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499510 | - |
dc.description | Biosensor ketoksikan optik pendafluor berasaskan sel bakteria terubahusai gen Escherichia coli GFP (protein berpendarfluor hijau) dan bakteria marin semulajadi Vibrio fischeri berjaya dikembangkan. Biosensor ketoksikan optik ini dibangunkan untuk menilai secara pantas ketoksikan bahan toksik di sekitaran akuatik. Kajian ini melibatkan penilaian kaedah pemegunan sel, pencirian sifat pendarfluor sel terpegun, merekabentuk biosensor serta meneliti potensi untuk penentuan bahan toksik. Bahan toksik yang terlibat ialah ion logam Cu(II), Cd(II) Pb(II), Zn(II), Cr(VI), Co(II), Ni(II), Ag(I), Fe(III), racun serangga klorpirifos dan herbisid 2,4-D. Biosensor ketoksikan berasaskan E. coli GFP telah dibina menggunakan tiga bahan pemegunan, iaitu dengan membran selulosa nitrat, filem selulosa nitrat-alginat dan mikrosfera alginat. Rangsangan biosensor berasaskan E. coli GFP diukur pada panjang gelombang pengujaan dan pancaran masing-masing pada 400 ± 2 dan 485 ± 2 nm. Prestasi biosensor berasaskan E. coli GFP terpegun dalam alginat mikrosfera menunjukkan rangsangan yang paling baik antara tiga bahan pemegunan sel. Had pengesanan (LOD) biosensor ini untuk pengukuran ketoksikan Cu(II), klorpirifos, Cd(II), Pb(II), Zn(II), herbisid 2,4-D adalah masing-masing 0.065, 0.065, 0.43, 0.48, 2.60, 36.50 μg/L dan bagi ion logam Cr(VI), Co(II), Ni(II), Ag(I) dan Fe(III) masing-masing 0.20, 0.5, 0.58, 0.79, dan 2.9 mg/L. Kestabilan rangsangan biosensor ini adalah selama enam minggu. Manakala biosensor ketoksikan berasaskan bakteria V. fischeri dibina menggunakan mikrosfera alginat. Rangsangan biosensor diukur pada panjang gelombang pengujaan dan pancaran masing-masing ialah 287 ± 2 dan 487 ± 2 nm sementara LOD (mg/L) ialah Cu(II) = 0.064, klorpirifos = 0.18, Zn(II) = 0.32, Pb(II) = 0.47, 2,4-D = 0.92, Cd(II) = 16.0, Cr(VI) = 1.0, Co(II) = 1.7, Ag(I) = 1.8, Ni(II) = 2.8 dan Fe(III) = 4.5. Kestabilan jangka panjang biosensor ini ialah selama enam minggu. Kajian validasi dalam penentuan logam berat dan pestisid untuk sampel air dari sekitaran menunjukkan perolehan semula antara 81.90 – 109.20 % untuk biosensor jenis E. coli GFP dan 82.66–113.72 % untuk biosensor berasaskan V. fischeri. Biosensor ketoksikan digunakan untuk menilai ketoksikan air. Sampel air yang digunakan ialah dari Gunung Tambuyukon, air Terjun Madai, Sungai Langat dan pelupusan sampah Jeram. Nilai EC10 daripada sampel air ini yang ditentukan dengan E coli GFP mikrosfera alginat ialah masing-masing 100.02, 68.86, 2.58 dan 0.18 (% v/v). Prestasi analisis bahan toksik biosensor adalah setanding dengan kaedah spektroskopi serapan atom (AAS) dan juga kromatografi gas (GC-MS). Secara keseluruhannya prestasi biosensor berasaskan E. coli GFP adalah lebih baik berbanding biosensor V. fischeri dalam pengesanan ketoksikan logam berat dan pestisid.,PhD | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Biosensor Ketoksikan Optik | - |
dc.subject | Sel Bakteria Berpendarfluor | - |
dc.subject | Green fluorescent protein-Laboratory manuals | - |
dc.title | Biosensor Ketoksikan Optik Berasaskan Sel Bakteria Berpendarfluor | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 265 | - |
dc.identifier.callno | QP552.G73 .D435 2013 | - |
dc.identifier.barcode | 000518 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75176+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 4.06 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.