Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499501
Title: | Kombinasi Xantorizol-Kurkumin (XK) Mengaruh Apoptosis Dalam Sel Kanser Payudara Manusia MDA-MB-231 |
Authors: | Cheah Yew Hoong (P45118) |
Supervisor: | Nazlina Ibrahim, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Kombinasi Xantorizol-Kurkumin XK Xantorizol-Kurkumin Apoptosis Dalam Sel Kanser Payudara Manusia MDA-MB-231 Kombinasi Xantorizol-Kurkumin Mempengaruhi Sel Kanser Payudara Manusia MDA-MB-231 Turmeric--Therapeutic use |
Issue Date: | 7-Dec-2013 |
Description: | Xantorizol dan kurkumin merupakan sebatian bioaktif utama dalam rizom Curcuma xanthorrhiza Roxburgh. Proses penyulingan hidro ke atas 2 kg rizom tersebut telah menghasilkan 8.72 g minyak pati mentah (F1). Proses pempartisian F1 menghasilkan minyak pati tulen (F4) yang mengandungi 46.3% xantorizol. Seterusnya proses pemfraksian F4 melalui kromatografi turus berjaya menghasilkan fraksi F13 yang mengandungi 73.42% sebatian xantorizol. Kehadiran dan komposisi xantorizol ditentukan melalui kromatografi lapisan nipis (TLC) dan kromatografi gas-spektrum jisim (GCMS). Proses asetilasi dan hidrolisis ke atas fraksi F13 berjaya menghasilkan sebatian xantorizol tulen (F18) yang dikenal pasti melalui analisis TLC, GCMS dan spektroskopi resonans magnet nukleus (NMR). Hasil penyaringan aktiviti antiproliferasi kedua-dua sebatian ini ke atas suatu panel titisan sel kanser payudara manusia yang berlainan fenotip mendapati perencatan yang tinggi ke atas sel MDA-MB-231 (reseptor estrogen negatif). Maka kajian ini dilakukan bertujuan mengkaji keberkesanan kombinasi xantorizol-kurkumin (XK) dalam merencat pertumbuhan sel kanser payudara manusia MDA-MB-231 dan mekanisme tindakan dalam mengaruh kematian sel tersebut. Sel MDA-MB-231 diperlakukan dengan kombinasi XK pada nisbah yang berbeza dan pertumbuhan sel ditentukan melalui kaedah pengasaian sulforhodamin B (SRB). Perlakuan dengan kombinasi XK pada nisbah 1:9 selepas 48 jam merencat pertumbuhan sel MDA-MB-231 bersandaran dengan peningkatan kepekatan dengan nilai perencatan proliferasi sel 50% (GI50) bersamaan dengan 3.18±0.05 μg/mL. Perencatan sel MDA-MB-231 adalah lebih tinggi dengan kombinasi XK berbanding dengan perlakuan secara tunggal. Analisis isobologram mendapati kombinasi XK memberi kesan sinergistik apabila xantorizol dan kurkumin diperlakukan pada waktu yang sama ke dalam sel. Tambahan pula, didapati perlakuan kombinasi XK mengakibatkan kematian sel MDA-MB-231 secara apoptosis apabila morfologi sel dicerap melalui mikroskop cahaya kontras fasa, mikroskop pendarfluor menggunakan pewarna Hoechst 33258, mikroskop elektron imbasan (SEM) dan mikroskop elektron transmisi (TEM) serta disahkan melalui analisis sitometri aliran. Sejajar dengan hasil pengasaian antiproliferasi didapati aras apoptosis meningkat secara signifikan dengan peningkatan kepekatan kombinasi XK. Hasil kajian mendapati kombinasi XK meningkatkan aras pengekspresan protein TRAIL lantas mengaktifkan kaspase-8 dalam sel MDA-MB-231. Kaspase-8 yang aktif kemudiannya memangkinkan pemprosesan BID kepada tBID sebelum ditranslokasi ke membran luar mitokondria. Analisis pemedapan western mendapati aras pengekspresan kedua-dua protein antiapoptotik BCL-2 dan BCL-XL menurun secara signifikan selepas diperlakukan dengan kombinasi XK. Pengurangan aras pengekspresan protein antiapoptotik BCL-2 dan BCL-XL menyebabkan penyahkutuban membran mitokondria, seperti yang dikesan melalui kaedah pewarnaan pendarfluor MitoCaptureTM pada sel MDA-MB-231 teraruh kombinasi XK. Pembebasan faktor apoptotik daripada mitokondria kemudian mengaktifkan Apaf-1 dan kaspase-9. Pengaktifan kaspase-9 seterusnya mengaktifkan kaspase hiliran, iaitu kaspase-3 dan -6 lantas membawa kepada penyahaktifan PARP-1 serta DNA terfragmentasi seperti yang dikesan melalui analisis bertangga DNA. Kesimpulannya, kombinasi XK berupaya mengaruh kematian sel MDA-MB-231 melalui kedua-dua tapak jalan apoptosis intrinsik dan ekstrinsik bersandaran kaspase.,PhD |
Pages: | 218 |
Call Number: | QK495.Z65 .C494 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75060+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 7.52 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.