Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499489
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorNik Azlin Nik Ariffin
dc.date.accessioned2023-10-13T09:32:18Z-
dc.date.available2023-10-13T09:32:18Z-
dc.date.issued2013
dc.identifier.otherukmvital:75003
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499489-
dc.descriptionTaburan keradioaktifan 226Ra dan 228Ra dalam ekosistem marin dan atmosfera bagi kitaran setahun di pesisiran pantai Kapar berdekatan dengan Stesen Janakuasa Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (SJSSAAS) telah dikaji. Dalam kajian ini, keradioaktifan isotop-isotop radium dalam fasa terlarut dan fasa zarah terampai bagi sampel air hujan, air laut, sedimen permukaan dan biota telah diukur. Teknik yang digunakan untuk penentuan keradioaktifan 226Ra dan 228Ra ialah teknik pemisah radiokimia dengan menggunakan turus pemisah penukar kation dan Pembilang Sintilator Cecair (LSC). Hasil kajian menunjukkan taburan isotop-isotop radium yang dicerap bergantung pada masa pensampelan dan lokasi kajian. Keradioaktifan 226RaSW dan 228RaSW dalam fasa terlarut masing-masing mempunyai julat 1.29 � 0.52 mBq/L �� 3.69 � 1.29 mBq/L dan 2.12 � 0.71 mBq/L �� 17.07 � 6.03 mBq/L bagi air laut. Kepekatan keradioaktifan isotop radium bagi air hujan pula di dalam julat 1.56 � 0.49 mBq/L �� 191.03 � 8.83 mBq/L (226RaRW) dan 6.89 � 3.04 mBq/L �� 552.15 � 120.98 mBq/L (228RaRW). Keradioaktifan isotop radium bagi fasa terampai dalam air laut adalah 15.62 � 1.99 Bq/kg �� 241.76 � 100.23 Bq/kg (226RaTSW) dan 7.19 � 3.21 Bq/kg �� 879.66 � 365.74 Bq/kg (228RaTSW). Manakala kepekatan keradioaktifan 226RaTRW dan 228RaTRW dalam fasa terampai masing-masing mempunyai julat 15.89 � 4.09 Bq/kg �� 1599.98 � 312.95 Bq/kg dan 57.60 � 15.66 Bq/kg �� 1682.98 � 701.43 Bq/kg. Merujuk kepada julat keradioaktifan tersebut didapati nuklid radium lebih terjerap dalam fasa partikulat berbanding fasa terlarut. Isotop radium dalam sedimen mempunyai kolerasi yang kuat iaitu r = 0.924 (p<0.05) tetapi kolerasi negatif sederhana dengan pHsed iaitu r = 0.6 bagi kedua-dua isotop radium. Ini adalah kerana terhasil daripada hubungan kedua-dua isotop radium daripada pereputan induknya yang telah mengalami penyusutan. Di samping itu, faktor penumpukan (CF) bagi biota marin adalah berjulat diantara 7.98 x 102 - 1.65 x 104 bagi 226Ra manakala bagi 228Ra berjulat diantara 5.82 x 102 - 1.31 x 104 menunjukkan afiniti yang agak tinggi.,PhD
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectKeradioaktifan 226Ra Dan 228Ra Di Sekitar Stesen Janakuasa Elektrik
dc.subjectKeradioaktifan 226Ra Di Sekitar Stesen Janakuasa Elektrik
dc.subjectKeradioaktifan 228Ra Di Sekitar Stesen Janakuasa Elektrik
dc.subjectRadiology--Malaysia
dc.titleKeradioaktifan 226Ra Dan 228Ra Di Sekitar Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Kapar, Selangor
dc.typeTheses
dc.format.pages181
dc.identifier.callnoQC331 .N537 2013
dc.identifier.barcode000243
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75003+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.27 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.