Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499487
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Musa Ahmad, Prof. Dato' Dr. | - |
dc.contributor.author | Norlaili Abu Bakar (P35454) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:32:18Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:32:18Z | - |
dc.date.issued | 2013-08-01 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:74992 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499487 | - |
dc.description | Sensor kimia optik bagi mengesan dan menentukan kandungan hidrokuinon dalam produk kosmetik telah dibina berasaskan polimer bercetak molekul (MIP), reagen kalium permanganat (KMnO4) dan kompleks 1,10-fenantrolin-Fe3+. Bagi pembinaan sensor pertama iaitu yang menggunakan MIP sebagai reagen dan matriks, beberapa siri polimer telah disintesis bagi mendapatkan MIP yang paling sesuai untuk pembangunan sensor kimia optik. MIP yang dibina dengan metil akrilat (sebagai monomer) dan p-xilena sebagai templat kurang sesuai digunakan dalam larutan akueus. Sementara polimer kedua yang disintesis menggunakan monomer asid akrilik dan hidrokuinon sebagai templat juga tidak menunjukkan sifat pengecaman yang baik dalam larutan akueus. Polimer bercetak yang seterusnya dibina dengan menggunakan asid akrilik (AA), etilena glikol dimetilakrilat (EDMA), heksaetilmetakrilat (HEMA), p-xilena (0, 2, 4, 6, 10 dan 20 mmol) sebagai templat. Pempolimeran dijalankan pada suhu 50 °C selama 24 jam di dalam campuran pelarut kloroform/asetonitril mengikut isipadu (4:1) dengan kehadiran azobisisobutironitril (AIBN) sebagai bahan pemula. Mikrograf mikroskop pengimbasan elektron (SEM) menunjukkan pembentukan kaviti dan partikel yang bersaiz < 50 nm. MIP ini memberikan sifat pengecaman yang baik terhadap hidrokuinon dan digunakan untuk pembinaan sensor optik. Kajian pengecaman hidrokuionon dalam larutan akueus menunjukkan MIP memberikan pengecaman yang lebih spesifik terhadap hidrokuinon berbanding dengan polimer tidak bercetak molekul (NIP). MIP ini juga didapati lebih selektif mengecam hidrokuinon berbanding molekul dengan struktur yang sama (katekol dan resorsinol). Proses jerapan hidrokuinon ke atas MIP didapati mematuhi isoterma Freundlich. Sensor optik MIP ini dibina berasaskan kepada peningkatan keamatan pancaran pendarflour molekul hidrokuinon yang berinteraksi melalui ikatan hidrogen dengan polimer tersebut. Sensor ini dapat mengesan kandungan hidrokuinon dalam julat dinamik 30 – 120 mg/L dengan had pengesanan serendah 26.33 mg/L. Sisihan relatif piawai (RSD) bagi kebolehulangan sensor ini terhadap hidrokuinon adalah 8.62 %. MIP yang disintesis dengan monomer akrilamida, HEMA, EDMA dan p-xilena memberikan sifat pengecaman yang kurang baik terhadap hidrokuinon. Sensor kimia optik yang kedua dibina berasaskan reagen KMnO4 yang dipegunkan ke atas XAD7 menghasilkan sensor dengan julat pengesanan linear 10 – 100 mg/L dan RSD bagi kebolehulangan dalam julat 2 – 7 %. Sensor optik ini stabil terhadap cahaya dengan nilai RSD 2.84 %. Sensor kimia optik ketiga yang dibina adalah berasaskan kompleks ion Fe3+ dan 1,10-fenantrolin terpegun dalam membran TEOS-kitosan. Kehadiran hidrokuinon menurunkan Fe3+ kepada Fe2+ den seterusnya menyebabkan perubahan warna kompleks perang kekuningan kepada merah. Sensor ini memberikan julat linear 3 – 100 mg/L. Sensor optik ini mampu mengesan hidrokuinon pada kepekatan serendah 1.99 mg/L. Nilai RSD bagi keboleh ulangan sensor ini bagi tujuh kali pengukuran adalah 4 – 5 %. Sensor optik yang dibangunkan dalam kajian ini diuji untuk pengesanan kandungan hidrokuinon dalam produk kosmetik yang dipilih dari pasaran tempatan dan dibandingkan dengan kaedah piawai iaitu menggunakan HPLC. Ketiga-tiga sensor yang dibangunkan memberikan nilai min kepekatan hidrokuinon yang berbeza dengan kaedah piawai di mana nilai t yang diperolehi lebih kecil berbanding dengan tgenting pada aras keyakinan 90 %. Nilai min kepekatan hidrokuinon yang berbeza disebabkan oleh hidrokuinon tidak dapat dipisahkan sepenuhnya daripada sebatian pengganggu.,PhD | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Pembangunan Sensor Kimia Optik | - |
dc.subject | Penentuan Kandungan Sebatian Hidrokuinon Dalam Produk Kosmetik | - |
dc.subject | Sensor Kimia Optik Bagi Penentuan Kandungan Sebatian Hidrokuinon Dalam Produk Kosmetik | - |
dc.subject | Hidrokuinon Dalam Produk Kosmetik | - |
dc.subject | Optical detectors | - |
dc.title | Pembangunan Sensor Kimia Optik Bagi Penentuan Kandungan Sebatian Hidrokuinon Dalam Produk Kosmetik | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 226 | - |
dc.identifier.callno | TP159.C46 .N665 2013 | - |
dc.identifier.barcode | 000258 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74992+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 6.35 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.