Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499473
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorEndom Ismail, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorRozihan Mohamed (P30126)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:32:13Z-
dc.date.available2023-10-13T09:32:13Z-
dc.date.issued2014-06-14-
dc.identifier.otherukmvital:74837-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499473-
dc.descriptionEkoran kemusnahan habitat, hanya empat spesies belangkas sahaja yang masih wujud di dunia. Tiga daripadanya mendiami pantai Malaysia (Tachypleus tridentatus, Tachypleus gigas dan Carcinoscorpius rotundicauda) dan Limulus polyphemus pula hanya mendiami persisiran pantai Amerika. Kajian ini telah dijalankan bagi menerokai kepelbagaian genetik, pola migrasi dan kewujudan fenomena vikariansi dalam populasi belangkas Tachypleus gigas di persisiran pantai Malaysia. Sampel T. gigas dikumpul dari tujuh lokasi iaitu Johor, Selangor, Kedah dan Langkawi (Pantai Barat, PB), Terengganu dan Pahang (Pantai Timur, PT) dan Sarawak mewakili Malaysia Timur (MT). Analisis kawasan pengkayaan AT Mitokondria dan mikrosatelit digunakan dalam kajian ini. Analisis mtDNA mengenalpasti 16 haplotip di kalangan sampel T. gigas. Tiga unik kepada PT, tujuh unik kepada PB dan 6 lagi dikongsi. Kepelbagaian haplotaip (h) dan nukleotida (π) yang tinggi ditunjukkan dalam populasi di perairan PB berbanding perairan PT dan MT. Populasi Kedah dan Langkawi menunjukkan perbezaan genetik berpasangan (FST) yang signifikan dengan kesemua populasi yang lain. Populasi Johor-Selangor menunjukkan FST terendah yang signifikan dan ada aliran gen migrasi per generasi (Nem) berlaku di antara populasi tersebut. Analisis filogenetik jaringan Median Joining (MJ), pohon Neighbour Joining (NJ), Maximum Parsimony (MP) dan Maximum Likelihood (ML) jelas membezakan kumpulan populasi belangkas T. gigas dan T. tridentatus dengan sokongan bootstrap 100%. Analisis filogenetik MJ, NJ, MP dan ML juga menjelaskan perhubungan pertalian yang jauh di antara belangkas di populasi Langkawi dan Kedah dengan populasi lain di Malaysia. Kajian 27 lokus mikrosatelit mendapati bilangan alel per lokus yang rendah (4-7), bersaiz di antara 100-250 bp. Nilai min heterozigositi dicerap (Ho) (0.435±0.039) bagi semua populasi adalah rendah berbanding nilai hererozigositi dijangka (He) (0.675±0.043) menunjukkan berlakunya defisit heterozigositi. Pencirian populasi menunjukkan kadar variasi genetik yang rendah dan berlakunya defisit heterozigositi dalam semua populasi kecuali Johor dengan nilai pekali biakbaka dalam (FIS) negatif yang menunjukkan berlakunya peningkatan fenomena biakbaka luar. Analisis AMOVA memperlihatkan sumbangan varian intra-populasi (28.37%) dan varian inter-populasi (8.43%). UPGMA dendogram mengasingkan PB dan PT. Oleh itu, pembahagian geografi mencerminkan pengasingan genetik. Persamaan genetik antara Pahang dan Sarawak disebabkan oleh pengasingan baru ke geografi lain. Analisis mtDNA dan nilai pekali biakbaka dalam (FIS) membuktikan wujudnya kekangan migrasi dan keupayaan penyebaran bagi belangkas Malaysia yang disokong oleh topologi pohon Neighbor-Joining. Kepelbagaian genetik dan haplotip yang tinggi di Johor mencadangkan pantainya sebagai kawasan perlindungan semulajadi genetik Tachypleus gigas. Kesimpulannya, kajian ini dapat membantu dalam perancangan strategik bagi amalan pengurusan perikanan mapan dan penggunaan stok belangkas dalam menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan penurunan saiz populasinya di Malaysia.,PhD-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectKajian genetik populasi-
dc.subjectGenetik populasi-
dc.subjectGenetik belangkas-
dc.subjectTachypleus gigas-
dc.subjectMalaysia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.titleKajian genetik populasi terhadap belangkas, Tachypleus gigas di Malaysia-
dc.typeTheses-
dc.format.pages234-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74837+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
8.37 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.