Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499456
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZubaid Akhbar Bin Mukhtar Ahmad, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorMarina Mohd. Top @ Mohd. Tah (P34593)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:32:07Z-
dc.date.available2023-10-13T09:32:07Z-
dc.date.issued2013-04-04-
dc.identifier.otherukmvital:74761-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499456-
dc.descriptionLandak didapati di pelbagai habitat di Malaysia, meliputi hutan tanah pamah, ladang, kawasan pertanian dan sehingga aras ketinggian 3500 m dari aras laut. Landak hidup dalam busut bawah tanah sama ada secara semulajadi atau yang digali sendiri. Sehingga kini, tiada kajian jangka panjang mengenai pemilihan habitat, dan tingkah laku landak di Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk menentukan struktur busut, ciri-ciri habitat, dan ekologi kelakuan landak di dalam habitat semulajadi. Objektif kajian ini ialah: 1) untuk menentukan taburan busut landak di sekitar kawasan Bintulu-Miri Sarawak; 2) untuk mendokumen dan menganalisis struktur dan sistem busut; 3) untuk menentukan vegetasi persekitaran busut landak; 4) untuk meneliti kelakuan landak dalam habitat semulajadi dan 5) untuk menentukan kawasan keliaran dan corak pergerakan oleh landak. Kajian ini telah dijalankan dalam tempoh lima tahun (Julai 2005 hingga Dis 2010). Sejumlah 30 lubang busut di tujuh lokasi kajian telah direkodkan, dipetakan dan diselarikan dengan Peta Tanah Sarawak untuk menentukan hubungkait dengan siri tanah. Seterusnya, ciri-ciri fizikal luaran dan dalaman lubang busut telah dikaji secara terperinci. Persampelan secara distruktif terhadap sebuah busut Hystrix crassispinis yang telah diabaikan telah dijalankan dan melibatkan penggalian sistem busut. Komposisi dan struktur vegetasi di dalam radius 15 m dari lubang masuk busut yang aktif telah didokumen dan diperihalkan. Kajian penelitian corak kelakuan dan aktiviti landak dijalankan menggunakan perangkap kamera yang dipasang di hutan sekunder dan ladang kelapa sawit dengan kedudukan kamera pada jarak kurang 500 m dari lubang masuk busut. Landak dewasa yang tertangkap di kolar-radio dan kawasan keliaran landak dianggar menggunakan Minimum Convex Polygon (MCP). Hasil kajian menunjukkan kebanyakan busut landak ditemui pada tanah Siri Merit/Bekenu dengan tekstur tanah utama bercirikan jenis liat lempung. Busut landak diperhatikan dibina di kawasan di mana litupan kanopi adalah 56% dan litupan lapisan bawah hutan adalah 26% dengan Famili Euphorbiaceae mendominasi di semua kawasan kajian. Tiga jenis lubang masuk busut diperhatikan iaitu jenis tanah, jenis batuan, dan jenis campuran tanah dan batuan. Busut H. brachyura menunjukkan saiz lubang masuk yang secara signifikan lebih besar berbanding H. crassispinis. Kesemua lubang masuk busut mempamerkan arah lubang masuk yang tidak menyisihkan ke semua arah kecuali Utara. Lubang masuk busut didapati terletak pada kecerunan yang bersudut 20-39°. Sebuah tinggalan busut H. crassispinis telah digali dan mempamerkan sistem lubang yang banyak bukaan lubang ke permukaan tanah, terowong sambungan yang berbilang, dengan satu hingga dua tingkat ruang kebuk dan disokong oleh akar-akar pokok. Sistem busut tersebut didapati dibina 20-120 cm di bawah permukaan tanah dengan sebuah kebuk sarang di pusat sistem. Dari segi penggunaan habitat oleh landak, hutan di sekitar kawasan kajian Kg. Wawasan Jaya dihuni oleh tiga spesies landak. Hystrix crassispinis didapati mencari makanan dalam kumpulan dua hingga empat individu manakala Trichys fasciculata lebih kerap bergerak bersendirian. Hystrix crassispinis menunjukkan aktiviti puncak sekitar jam 22:00-23:00 dan 04:00-05:00 manakala tiada sebarang aktiviti puncak yang nyata direkodkan bagi T. fasciculata. Aktiviti landak didapati berhubung secara signifikan dengan fasa bulan. Aktiviti yang lebih tinggi ditunjukkan sewaktu bulan sabit mengambang dan menyusut. Anggaran Minimum Convex Poligon ke atas saiz lingkungan yang diliputi oleh H. brachyura jantan dan betina, dan H. crassispinis betina adalah 1.16, 5.23 dan 0.4 ha masing-masingnya. Kajian ini telah berjaya menambah maklumat baru dan bernilai bagi kajian mamalia kecil terutama bagi haiwan kriptik seperti H. crassispinis yang endemik dan T. fasciculata yang terancam. Data yang dilaporkan ini dapat membantu dalam penentuan jenis dan lokasi pembinaan busut, sumber-sumber yang penting untuk landak seperti makanan dan tempat perlindungan, dan juga kelakuan landak di habitat semulajadinya. Himpunan data ini berharga demi pemuliharaan spesies tersebut dan habitat semulajadinya.,Ph.D-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectHabitat-
dc.subjectLandak-
dc.subjectBintulu-Miri Sarawak-
dc.subjectPorcupines -- Malaysia -- Sarawak-
dc.titleStruktur busut, ciri-ciri habitat dan kelakuan landak di habibat semulajadi di Bintulu-Miri Sarawak-
dc.typeTheses-
dc.format.pages285-
dc.identifier.callnoQL737.R652.M346 2013-
dc.identifier.barcode000311-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74761+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
8.47 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.