Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499453
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIsmail Sahid, Prof. Dato' Dr.-
dc.contributor.authorNgan Chai Keong (P24891)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:32:06Z-
dc.date.available2023-10-13T09:32:06Z-
dc.date.issued2013-05-08-
dc.identifier.otherukmvital:74704-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499453-
dc.descriptionSatu kajian pengukuran ketakpastian untuk satu kaedah analisis residu pestisid dalam buah-buahan tropika (belimbing, mangga, betik dan tembikai) dijalankan di mana tiga komponen utama ketakpastian iaitu komponen kaedah analisis, komponen pemprosesan sampel dan komponen pensampelan ditentukan. Pestisid-pestisid kajian adalah daripada kumpulan pestisid organoklorin (α-endosulfan, β-endosulfan dan endosulfan sulfat), organofosforus (chlorpyrifos, fenitrothion, malathion dan prothiofos), piretroid sintetik (bifenthrin, cypermethrin, deltamethrin dan fenpropathrin) dan strobilurin (azoxystrobin). Pengukuran ketakpastian untuk komponen kaedah analisis ditentukan berdasarkan kepada lima kaedah atau pendekatan iaitu kaedah GUM (Guide to the Expression of Uncertainty in Measurement), pendekatan pengesahan data makmal tunggal, pendekatan pengesahan data inter-makmal, pendekatan fungsi empirikal (melibatkan persamaan Horwitz dan model Thompson) dan pendekatan pemodelan (melibatkan simulasi Bootstrap dan Monte Carlo). Kelima-lima kaedah atau pendekatan penentuan kepastian masing-masing memberi ketakpastian 19.0-33.6% (kaedah GUM), 12.9-16.9% (pendekatan pengesahan data makmal tunggal-data kawalan kualiti), 27.0% (pendekatan pengesahan data inter-makmal-data ujian kecekapan), 21.3-27.8% (kaedah fungsi empirikal-persamaan Horwitz), 17.1-31.6% (pendekatan pemodelan Monte Carlo berdasarkan kepada data jangka pendek) dan 11.1-19.1% (pendekatan pemodelan Monte Carlo berdasarkan kepada data jangka panjang). Pada keseluruhannya, kaedah pendekatan pengesahan data inter-makmal (data ujian kecekapan) dan kaedah fungsi empirikal (persamaan Horwitz) didapati memberi anggaran ketakpastian yang lebih besar berbanding dengan kaedah atau pendekatan lain. Model Thompson memberi nilai ketakpastian 22.0% untuk semua pestisid kajian. Dalam pendekatan pemodelan, pemodelan Bootstrap didapati memberi anggaran ketakpastian yang lebih kecil (6.0-13.0%) daripada pemodelan Monte Carlo. Dalam kajian ketakpastian terhadap komponen kaedah analisis melalui kaedah pengesahan data makmal tunggal (data kawalan kualiti), didapati ketakpastian bias memberi sumbangan yang lebih kurang sama dengan ketakpastian kepersisan. Dalam kajian makmal, sumbangan komponen pemprosesan sampel adalah masing-masing dalam julat 2.0-10.3% (belimbing), 3.6-8.3% (mangga), 6.7-18.7% (betik) dan 3.3-15.7% (tembikai). Ketakpastian kepekatan pestisid kajian dalam sampel dari kajian-kajian lapangan adalah dalam julat 25.0-67.3%. Dalam pengukuran kepekatan pestisid dalam sampel dari kajian lapangan, komponen ketakpastian yang terbesar adalah komponen pensampelan (24.3-65.3%) diikuti oleh komponen pemprosesan sampel (2.0-18.7%) dan komponen kaedah analisis (0.2-5.1%). Komponen pensampelan memberi varian tertinggi (85.5-99.0%) diikuti dengan pemprosesan sampel (1.0-7.8%) dan kaedah analisis (0.04-6.7%) dalam semua kajian lapangan. Ketakpastian pensampelan didapati menjadi sumber ketakpastian yang signifikan dalam analisis residu pestisid. Keputusan daripada kajian lapangan mendapati sumbangan ketakpastian bias di peringkat pensampelan kepada ketakpastian pensampelan adalah tidak signifikan.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPesticide residues in food-
dc.subjectResidu pestisid-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKajian pengukuran kepastian dalam kaedah analisis residu pestisid dalam buah-buahan tropika-
dc.typeTheses-
dc.format.pages607-
dc.identifier.callnoTX571.P4N434 2013 tesis-
dc.identifier.barcode000718-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74704+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
8.69 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.