Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499445
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Roslinda binti Mohd Nazar, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Leony Tham Yew Seng (P52509) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:32:03Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:32:03Z | - |
dc.date.issued | 2013-11-14 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:74687 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499445 | - |
dc.description | Dalam tesis ini, dipertimbangkan beberapa masalah aliran lapisan sempadan olakan campuran mantap terhadap silinder bulat mengufuk dan sfera pejal dalam nanobendalir. Beberapa masalah dilanjutkan kepada kes medium berliang serta bio-olakan. Istilah nanobendalir merujuk kepada sejenis bendalir yang mengandungi nanozarah bersaiz kurang daripada 100nm dan terampai dalam bendalir asas. Ciri-ciri penting nanobendalir berbanding bendalir klasik adalah sifat kekonduksian terma yang tinggi, kelikatan yang lebih besar dan peningkatan nilai fluks haba genting. Dua model nanobendalir digunakan dalam kajian ini, iaitu model Tiwari dan Das yang mengambil kira kesan pecahan isi padu nanozarah dan model Buongiorno yang menggabungkan kesan gerakan Brownan dan juga kesan termoforesis. Terdapat enam masalah lapisan sempadan yang dipertimbangkan dalam kajian ini, iaitu (i) aliran olakan campuran terhadap silinder bulat mengufuk dalam nanobendalir: model Tiwari dan Das; (ii) aliran olakan campuran terhadap sfera pejal dalam nanobendalir: model Tiwari dan Das; (iii) aliran olakan campuran terhadap silinder bulat mengufuk yang terbenam dalam medium berliang dengan nanobendalir: model Tiwari dan Das; (iv) aliran olakan campuran terhadap sfera pejal yang terbenam dalam medium berliang dengan nanobendalir: model Tiwari dan Das; (v) aliran olakan campuran terhadap silinder bulat mengufuk yang terbenam dalam medium berliang dengan nanobendalir: model Darcy-Brinkman dan Buongiorno; dan (vi) aliran olakan campuran terhadap sfera pejal yang terbenam dalam medium berliang dipenuhi nanobendalir dengan mikroorganisma gyrotactic: model Buongiorno. Penerbitan dan formulasi model matematik bagi masalah terlibat dipersembahkan. Persamaan menakluk tak bermatra bagi aliran lapisan sempadan diterbitkan. Persamaan menakluk dijelmakan kepada persamaan pembezaan separa dengan penjelmaan ketakserupaan, dan kemudiannya sebelum diselesaikan secara berangka menggunakan kaedah kotak Keller, yang tertakluk kepada syarat-syarat sempadan yang berpadanan. Kaedah kotak Keller diatur cara menggunakan perisian MATLAB. Keputusan berangka yang diperoleh dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf bagi pekali geseran kulit, nombor Nusselt setempat, nombor Sherwood setempat, nombor ketumpatan setempat bagi mikroorganisma motil serta profil-profil halaju, suhu, pecahan isi padu nanozarah dan ketumpatan mikroorganisma motil, dengan mempertimbangkan jenis-jenis nanozarah serta parameter-parameter menakluk, termasuk parameter olakan campuran λ, nombor Lewis bio-olakan Lb, nombor Lewis tradisional Le, nombor Péclet bio-olakan Pb, nisbah keapungan Nr, nombor Rayleigh bio-olakan Rb, gerakan Brownan Nb dan termoforesis Nt, nombor Prandtl Pr, pecahan isi padu nanozarah φ dan parameter motil σ. Didapati bahawa pekali geseran kulit, nombor Nusselt setempat yang mewakili kadar pemindahan haba pada permukaan, nombor Sherwood setempat serta nombor ketumpatan setempat bagi mikroorganisma motil dipengaruhi oleh parameter-parameter tersebut. Didapati aliran membantu (λ > 0) melambatkan proses pemisahan lapisan sempadan, dan jika aliran membantu cukup kuat, pemisahan tidak akan berlaku. Sebaliknya, aliran menentang (λ < 0) membawa titik pemisahan mendekati titik genangan bawah (λ = 0) pada silinder bulat dan sfera, dan bagi aliran menentang yang cukup kuat, tiada lapisan sempadan wujud pada silinder bulat dan sfera pejal.,Ph.D | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Aliran olakan campuran | - |
dc.subject | Silinder bulat mengufuk | - |
dc.subject | Sfera pejal | - |
dc.subject | Nanobendalir | - |
dc.subject | Heat -- Convection | - |
dc.title | Beberapa masalah aliran olakan campuran terhadap silinder bulat mengufuk dan sfera pejal dalam nanobendalir | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 247 | - |
dc.identifier.callno | QC327.T483 2013 | - |
dc.identifier.barcode | 000733 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74687+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 8.27 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.