Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499433
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Roslinda Mohd Nazar, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | LELI DESWITA (P34451) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:31:58Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:31:58Z | - |
dc.date.issued | 2011-11-24 | |
dc.identifier.other | ukmvital:74319 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499433 | - |
dc.description | Dalam tesis ini, penyelesaian berangka diperoleh bagi masalah aliran lapisan sempadan olakan bebas dan olakan campuran terhadap plat telap mengufuk dan baji. Skop kajian ini tertumpu kepada masalah aliran lapisan sempadan lamina yang mantap dan pemindahan haba di atas plat rata dan baji dalam bendalir Newtonan dan juga bendalir tak Newtonan, iaitu bendalir hukum-kuasa yang likat dan tak mampat. Model-model matematik dalam bentuk sistem persamaan pembezaan separa diturunkan kepada bentuk tanpa matra, dan seterusnya dijelmakan kepada sistem persamaan pembezaan biasa menggunakan penjelmaan keserupaan. Sistem persamaan pembezaan biasa yang tak linear ini kemudiannya diselesaikan secara berangka menggunakan kaedah beza terhingga tersirat yang dikenali sebagai kaedah kotak Keller. Selain itu, kaedah Runge-Kutta-Fehlberg dengan teknik meluru juga digunakan bagi menyelesaikan masalah aliran bendalir hukum-kuasa terhadap plat telap bergerak dan juga bagi tujuan semakan dan perbandingan. Keputusan berangka yang diperoleh adalah termasuk profil halaju, profil suhu, pekali geseran kulit, nombor Nusselt setempat dan suhu dinding, untuk julat nilai tertentu parameterparameter yang terlibat, iaitu parameter keapungan atau olakan campuran λ, nombor Prandtl Pr, parameter sedutan/semburan f0 dan/atau parameter nisbah halaju . Penyelesaian berangka yang diperoleh ini dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf. Perbandingan keputusan dengan kajian-kajian terdahulu bagi nilai parameter tertentu dilakukan bagi menentusah serta menguji ketepatan kaedah yang digunakan dan didapati hasil perbandingan adalah sangat memuaskan. Bagi masalah olakan bebas, beberapa nilai nombor Prandtl Pr dan eksponen suhu permukaan m yang berbeza telah diselidiki dan dibincangkan. Didapati bahawa pemindahan haba meningkat apabila nombor Prandtl Pr meningkat. Penyelesaian siri untuk kasus nilai m yang sangat besar diperoleh dan didapati bahawa hasil perbandingan antara penyelesaian berangka dengan penyelesaian siri untuk pekali geseran kulit dan pemindahan haba adalah memuaskan. Bagi masalah olakan campuran, dipertimbangkan kedua-dua kasus aliran membantu dan menentang dan didapati bahawa penyelesaian dual wujud bagi aliran menentang, manakala bagi aliran membantu, penyelesaian adalah unik. Selain itu, untuk kasus plat telap, kesan sedutan/semburan diambil kira dan didapati bahawa sedutan melambatkan pemisahan lapisan sempadan. Bagi masalah dalam bendalir hukum-kuasa yang tak Newtonan, penyelesaian dual diperoleh apabila plat dan bendalir bergerak dalam arah yang bertentangan. Apabila plat dan bendalir bergerak dalam arah yang sama, penyelesaian adalah unik.,PhD | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Matematik | |
dc.subject | Lapisan sempadan | |
dc.subject | Pemindahan haba | |
dc.subject | Plat mengufuk dan baji | |
dc.subject | Boundary layer -- Mathematics | |
dc.title | Pemodelan matematik bagi aliran lapisan sempadan dan pemindahan haba terhadap plat mengufuk dan baji | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 198 | |
dc.identifier.callno | QA913.L439 2011 | |
dc.identifier.barcode | 000409 | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74319+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.35 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.