Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499415
Title: Pembinaan model taraf kesihatan dengan kaedah pemodelan persamaan berstruktur
Authors: Ferra Yanuar (P38438)
Supervisor: Kamarulzaman Ibrahim, Prof. Dr.
Keywords: Pembinaan model
Taraf kesihatan
Structural equation modeling
Issue Date: 30-May-2013
Description: Maklumat taraf kesihatan seseorang individu yang sering diperoleh daripada suatu tinjauan kesihatan dapat digunakan oleh pembuat keputusan dalam bidang klinikal untuk memperuntukkan sumber kewangan secara bijaksana apabila merancang aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk mempertingkatkan taraf kesihatan masyarakat ditempat individu itu bermukim. Untuk memudahkan dalam penafsiran, maklumat tersebut boleh diringkaskan menjadi satu nilai tunggal. Oleh itu perlu dikenal pasti faktor-faktor yang dapat memberi pengaruh ke atas taraf kesihatan. Pelbagai kajian menyatakan bahawa faktor-faktor yang dapat mempengaruhi taraf kesihatan individu adalah termasuk sosio-demografi, gaya hidup dan kesihatan mental. Disebabkan faktor-faktor yang berpengaruh itu saling berkaitan dan pendam kerana tak dapat dicerap secara langsung ke atas individu, pemodelan persamaan berstruktur (PPB) adalah kaedah statistik yang sesuai digunakan untuk membuat kesimpulan tentang taraf kesihatan seseorang individu. Dalam kajian ini, PPB digunakan ke atas data tinjauan kesihatan di kawasan Hulu Langat yang dikutip oleh Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2001. Maklumat tentang bio penanda dan penunjuk untuk sosio-demografi, gaya hidup dan kesihatan mental diambil kira dalam pemodelan ini. Sukatan taraf kesihatan untuk setiap responden berasaskan PPB mempunyai korelasi yang tinggi dengan sukatan taraf kesihatan kasar yang didapati berasaskan maklumat bio penanda, menunjukkan bahawa penglibatan faktor pendam ke dalam model adalah penting dan memberikan banyak maklumat. Untuk mengemaskini maklumat tentang taraf kesihatan individu yang tinggal di Hulu Langat, data 2001 digabungkan dengan data tinjauan kesihatan 2006 di Hulu Langat yang dikutip oleh Kementerian Kesihatan menggunakan pendekatan Bayesian. Semasa menggabungkan kedua-dua kumpulan data, data 2001 dijadikan sebagai prior ke atas data 2006. Pendekatan Bayesian cukup luwes kerana ia membolehkan penggabungan beberapa kumpulan data yang dikutip pada tempat dan masa yang berbeza. Kajian ini mendapati bahawa taraf kesihatan kawasan Hulu Langat dipengaruhi secara signifikan oleh faktor sosio-demografi dan gaya hidup. Tambahan lagi, ciri-ciri individu yang sihat dan tak sihat yang sepadan dengan pelbagai posisi kuantil juga dikenal pasti menggunakan pendekatan regresi kuantil. Dalam pemodelan regresi kuantil ini, sukatan taraf kesihatan yang diperoleh berasaskan PPB Bayesian diregresikan ke atas pembolehubah penunjuk untuk sosio-demografi, gaya hidup dan kesihatan mental. Hasil analisis menyatakan bahawa ciri-ciri individu yang sihat, iaitu yang berada pada posisi kuartil atas adalah pekerja profesional, berpendidikan tinggi, masih muda dan tidak merokok. Manakala ciri-ciri individu yang tak sihat, iaitu yang berada pada posisi kuartil bawah adalah individu yang berpendidikan tinggi dan sudah berumur lebih daripada 30 tahun.,Ph.D
Pages: 227
Call Number: QA278.3.F447 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_71652+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
8.15 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.