Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499411
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Azmin Sham Rambely, Dr. | - |
dc.contributor.author | Wan Rozita binti Wan Din (P50035) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:31:51Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:31:51Z | - |
dc.date.issued | 2013-07-03 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:71627 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499411 | - |
dc.description | Senjata dan beg galas adalah sinonim dengan tentera. Kebiasaannya beban yang harus digalas bersama senjata semasa operasi ketenteraan menjangkau lebih 50 kg. Beban ini bukan saja terlalu berat tetapi juga memberi kesan terhadap fizikal tentera. Semasa serang hendap, beg perlu dilepaskan bagi membolehkan mereka bergerak pantas ke posisi menembak masing-masing. Hasil kajian awal ketepatan tembakan sebenar yang dijalankan oleh gabungan penembak mahir dan kurang mahir Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di lapang sasar menggunakan rifel M16 menunjukkan ketepatan tembakan hanyalah sekitar 50%. Kaedah menembak sedia ada tidak dapat memberi maklum balas secara langsung mengenai ketepatan setiap tembakan sejurus selepas tembakan dilepaskan. Oleh itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji kesan pertambahan beban sebanyak 10% berat badan (BB) bermula dari 0% sehingga 40% dan membangunkan model matematik penembak semasa melakukan tembakan bagi mendapatkan postur yang betul semasa pengendalian rifel supaya dapat menghasilkan tembakan yang tepat. Analisis kinetik dan kinematik yang menyeluruh boleh memberikan banyak manfaat kepada ATM dan ahli sukan menembak dari segi meningkatkan prestasi menembak, menjimatkan kos perbelanjaan dan mengelak kecederaan. Kaedah Kane digunakan dalam perumusan persamaan pergerakan dinamik menembak 2-matra tiga rantaian kinematik tertutup tangan kanan dan tangan kiri. Kaedah dinamik songsang digunakan dalam pengiraan daya dan kilasan daripada model yang dibangunkan. Kajian beban ketenteraan memfokuskan tentang analisis daya tindak balas bumi terhadap beban melalui teknik analisis data fungsian (ADF). Kaedah ADF digunakan bagi melicinkan data, menyelaraskan lengkung dan ujian pilih atur bagi mengesahkan hipotesis. Uji kaji menembak dan beban ketenteraan dijalankan dengan menggunakan sistem pergerakan Vicon yang terdiri daripada tujuh buah kamera, pelantar daya Kistler dan tiga puluh sembilan penanda infra merah yang dilekatkan pada sendi badan penembak. Hasil kajian mendapati tembakan tepat terjadi apabila purata sudut fleksi bahu kanan adalah 118° ± 8° dan 103° ± 10° bagi bahu kiri, serta sudut fleksi siku kanan pada 52° ± 7° dan 32° ± 9° bagi siku kiri. Sisihan ulnar bagi pergelangan tangan adalah 21° ± 9° bagi sebelah kanan dan 47° ± 11° bagi sebelah kiri. Kilasan semasa membidik untuk menembak yang dikira melalui model matematik adalah sangat kecil, iaitu -32.6 ± 12 Nm dengan sisihan piawai 107 ± 40 Nm. Keputusan menunjukkan ADF adalah satu daripada kaedah terbaik dalam pelicinan data. Pendaftaran ADF telah berjaya menyelaraskan semua lengkung berdasarkan titik maksimum dan minimum yang telah ditetapkan yang tidak dapat dilakukan sebelum ini. Ujian pilih atur mengesahkan pertambahan beban 10% BB mempunyai kesan ke atas tentera. Kesimpulannya, ADF adalah satu daripada kaedah terbaik untuk menganalisis data biomekanik dan pertambahan beban 10% BB memberi kesan yang signifikan terhadap tentera pada aras keertian 95% dan beban yang digalas oleh tentera sepatutnya dihadkan kerana berat maksimum adalah di antara 30% hingga 40% BB. Akhirnya, model matematik yang dibangunkan boleh digunakan bagi mendapatkan postur pengendalian rifel yang dapat menghasilkan tembakan yang tepat.,Ph.D | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Ketetapan tembakan | - |
dc.subject | Ketenteraan | - |
dc.title | Analisis data fungsian ke atas ketetapan tembakan dan kesan beban ketenteraan | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 265 | - |
dc.identifier.barcode | 000286 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_71627+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 7.47 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.