Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499406
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd. Salmi Md Noorani, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorSyafruddin Side (P47401)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:31:49Z-
dc.date.available2023-10-13T09:31:49Z-
dc.date.issued2013-10-09-
dc.identifier.otherukmvital:71611-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499406-
dc.descriptionSelepas perang dunia kedua, penyakit demam denggi merebak dan menjadi wabak di seluruh dunia dan berterusan hingga kini. Indonesia menjadi negara kedua dengan kes demam denggi paling besar di Asia Tenggara selepas Thailand. Manakala Malaysia pula tidak terkecuali daripada wabak ini. Penjangkitan virus denggi dibawa oleh nyamuk dewasa betina Aedes aegypti dan Aedes albopictus. Menurut kajian-kajian lepas, masih belum ada vaksin yang mampu melawan virus denggi dengan sepenuhnya. Pelbagai bentuk model dan andaian telah digunakan oleh penyelidikpenyelidik dalam mengkaji penjangkitan virus denggi ini. Pelbagai rawatan dan kaedah telah dijalankan bagi memastikan penyakit ini tidak merebak dengan cepat. Objektif utama daripada projek penyelidikan ini dijalankan adalah untuk merumuskan model matematik Suspectible, Infected, Recovered (SIR) dan model Suspectible, Exposed, Infected, Recovered (SEIR), kemudian melakukananalisis bagi kedua-dua model dengan membuktikan teorem-teorem mengenai jaminan kewujudan adanya kes demam denggi pada suatu kawasan, seterusnyamenentukan samaada kawasan tersebut merupakan kawasan non-epidemik ataupun epidemik. Analisis dijalankan menggunakan kaedah pelinearan dan fungsi Lyapunov dengan mengkaji mengenai sifat titik-titik keseimbangan bagi kedua-dua model.Simulasi bagi kedua-dua model menggunakan nilai parameter yang telah diterbitkan dalam mengkaji bentuk penyebaran virus denggi di Sulawesi Selatan, Indonesia dan Selangor, Malaysia.Selain itu, kajian dijalankan untuk mengkaji mengenai nilai pembiakan semula 0 R berdasarkan kepada jumlah kes demam denggi yang dilaporkan di Sulawesi Selatan, Indonesia dan Selangor, Malaysia. Sulawesi Selatanmerupakan satu negeri dengan jumlah kes paling tinggi di Indonesia, manakala Selangor pula menjadi negeri dengan kes tertinggi di seluruh Malaysia berbanding dengan negeri-negeri lain. Hasil kajianmenunjukkan bahawa penyebaran virus denggi bagi model SIR di Sulawesi Selatan dan Selangor mengambil masa yangsingkat untuk mencapai tahap maksimum berdasarkan kepada kadar jangkitan bagi manusia, manakala model SEIR mengambil masa yang lebih singkat untuk mencapai tahap maksimum. Model SEIR pula menunjukkan hasil yang sesuai dengan data nyata bagi kedua-dua negeri. Turut dikaji perbandingan hasil simulasi model-model SIR dan SEIR menggunakan data yang sama. Hasilnya menunjukkan bahawa model SEIRtemuan kajian yang paling sesuai dan paling tepat berbanding model-model SIR dan SEIR yang lain. Kadar pembiakan semula 0 R yang diperoleh menggunakan kedua-dua model bagi Sulawesi Selatan adalah R0 = 10.325676 bagi model SIR dan R0 =10.47826 bagi model SEIR atau R0 > 1 . Berasaskan teorem kestabilan global epidemik yang diperoleh dalam kajian bagi model SIR dan model SEIR, Sulawesi Selatan merupakan kawasan epidemik. Manakala, negeri Selangor pula didapati nilai kadar pembiakan semula R0 = 0.229514 bagi model SIR dan R0 = 0.003528 bagi model SEIR atau R0 ≤ 1.Berasaskan teorem kestabilan global bebas penyakityang diperoleh dalam kajian bagi model SIR dan model SEIR, Selangor bukan merupakan daerah epidemik bagi penyebaran demam denggi. Tetapi langkah berjaga-jaga tetap perlu dilakukan oleh sebab kedua-dua negeri adalah berjiran.,Ph.D-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPemodelan matematik-
dc.subjectDenggi-
dc.subjectMathematical models-
dc.titlePemodelan matematik sir dan seir bagi penyebaran virus denggi di negeri Sulawesi Selatan Indonesia dan negeri Selangor Malaysia-
dc.typeTheses-
dc.format.pages162-
dc.identifier.callnoTA342.S994 2013-
dc.identifier.barcode000632-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_71611+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.45 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.