Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499383
Title: | Automasi penilaian agronomi dan ekonomi tanaman kelapa sawit di Malaysia |
Authors: | Ahmad Rusydi Mohamad (P35441) |
Supervisor: | Shahibin Abdul Rahim, Prof. Dr. |
Keywords: | Agronomi Kelapa sawit Expert systems (Computer science) |
Issue Date: | 7-Feb-2013 |
Description: | Meramalkan hasil tanaman merupakan satu pencapaian unggul dalam disiplin penilaian tanah. Penilaian agronomi dan ekonomi sangat penting untuk menentukan kesesuaian dan daya maju sesuatu projek. Kajian ini dilakukan untuk membangunkan satu sistem pakar dalam penilaian kesesuaian penanaman kelapa sawit dengan mengambil kira faktor agronomi dan ekonomi. Hasil BTS dijadikan petunjuk pada pulangan pelaburan yang baik. Terdapat beberapa faktor secara langsung dan tidak langsung yang menyumbang kepada produksi BTS. Faktor langsung ialah faktor agronomi dan umur tanaman dengan andaian sawit yang sihat akan mengeluarkan BTS yang lebih berat. Faktor tidak langsung pula bersandarkan komitmen manusia dan kemajuan teknologi. Kaedah matematik Parametrik Sejajar telah yang digunakan untuk meramalkan hasil BTS dengan mempertimbangkan kedua-dua faktor langsung dan tidak langsung dengan menukarnya dalam bentuk indeks. Menggunakan klasifikasi kesesuaian tanah untuk pertanian Food and Agriculture Organization, kesemua parameter diklasifikasikan dan diindeks mengikut unit pemetaan. Hasil daripada pendarapan sebanyak 21 indeks faktor agronomi, manusia, teknologi dan potensi maksimum genetik, hasil maksimum penghasilan BTS dalam satu unit pemetaan boleh diramalkan. Pengiraan sejajar digunakan untuk mengira unjuran hasil bagi keseluruhan unit pemetaan untuk memberi gambaran kepada potensi keseluruhan projek. Dalam penilaian ekonomi, pengeluaran BTS dipengaruhi oleh lengkuk normal pengeluaran di mana prestasi pengeluaran BTS bergantung pada umur tanaman. Hasil jualan dan pendapatan boleh dirujuk pada pengeluaran BTS manakala kos pengeluaran boleh ditentukan oleh pihak pengurusan ladang. Harga jualan ditetapkan pada aras RM900, RM600 dan RM370 per tan. Aliran tunai terdiskaun pada 30% dan 15% boleh dijana berdasarkan informasi harga jualan dan kos pengeluaran. Dengan ini nilai semasa bersih (net present value, NPV) dan kadar pulangan dalaman (internal rate return, IRR) untuk projek peladangan itu dapat diketahui. Kaedah Parametrik Sejajar menjadi landasan pembangunan sistem pakar dalam kelapa sawit. Pembangunan sistem pakar tersebut mengikut aturan kaedah Agile menggunakan MS Excel 2007 sebelum ditukarkan dalam bentuk laman sesawang sebagai sebahagian sistem TROPSEL versi 4.0, iaitu sebuah sistem pakar sesawang khusus untuk kelapa sawit. Felda Jerangau Barat yang telah dipilih sebagai kajian kes menunjukkan potensi pengeluaran maksimum sehingga 21 tan/hektar BTS setahun. Kawasan tersebut berdaya maju untuk dimajukan melainkan jika harga BTS turun kepada RM370 per tan dengan dikira pada aliran tunai berdiskaun sebanyak 30%. Walaupun keputusan pencapaian hasil BTS agak tinggi berbanding hasil pengeluaran pada tahun 1976 iaitu sebanyak 19 tan/hektar setahun, namun keputusan yang diperoleh dari TROPSEL versi 4.0 masih releven kerana telah berlaku kemajuan teknologi dan infrastruktur pada masa kini. Ujian kepekaan sistem untuk parameter hujan dan musim kering selama 11 tahun dilakukan di Stesen MPOB-UKM menunjukkan hasil ramalan dan sebenar mempunyai berbezaan bawah 7% kecuali tahun 2000, 2007 dan 2008 yang mungkin dipengaruhi oleh faktor tidak langsung seperti ganguan kutipan hasil pada musim hujan lebat dan kurang musim kering. Pembangunan sistem pakar ini dijangka membantu di dalam pengurusan peladangan kelapa sawit di Malaysia dan juga kawasan-kawasan lain yang melakukan peladangan kelapa sawit,Ph.D |
Pages: | 206 |
Call Number: | QA76.76.E95.A375 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_71369+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 7.74 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.