Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/498008
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorYahaya Ibrahim, Prof. Dr.
dc.contributor.authorMohd Sayuti Hassan (P43261)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:17:32Z-
dc.date.available2023-10-13T08:17:32Z-
dc.date.issued2013-09-23
dc.identifier.otherukmvital:71605
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/498008-
dc.descriptionTesis ini merupakan hasil penyelidikan berkaitan pembangunan dan pengurusan eko-pelancongan Taman Negara dengan berfokus secara khususnya kepada Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang. Terdapat beberapa agensi utama yang ada kaitan secara langsung dengan pembangunan dan pengurusan Taman Negara, Kuala Tahan, tetapi agensi-agensi tersebut tidak mampu menangani beberapa isu yang masih berlarutan seperti air sungai tercemar, pembangunan tidak mendapat kelulusan, kekurangan kemudahan awam dan infrastruktur, pencemaran alam, pemburuan haram terhadap haiwan perlindungan, bencana alam, ancaman kehidupan liar terhadap komuniti tempatan, penguatkuasaan undang-undang yang lemah, promosi yang kurang dan akhir sekali pengurusan Orang Asli yang kurang cekap. Kajian ini didasari dua objektif utama. Peringkat permulaan, mengenal pasti agensi-agensi utama yang terlibat secara langsung dalam pembangunan dan pengurusan Taman Negara, Kuala Tahan. Objektif pertama, mengkaji kenapa isu-isu ini masih berlarutan dan tiada penyelesaian. Kedua, mengkaji impak isu-isu yang berlarutan ini terhadap komuniti tempatan, pelancong dan alam sekitar. Kajian ini membabitkan kaedah temu bual dengan kesemua agensi dan kajian soal selidik terhadap 300 orang pelancong dan 80 orang komuniti tempatan (Ketua Isi Rumah). Dapatan utama kajian ini menunjukkan bahawa terdapat konflik pengurusan di antara agensi-agensi dan ianya telah menghalang pembangunan eko-pelancongan di Taman Negara, Kuala Tahan. Konflik ini disebabkan oleh gaya pengurusan yang berbeza, kepelbagaian persepsi terhadap pengurusan Taman Negara, percanggahan kepentingan, peranan yang tidak saling melengkapi serta kurangnya komunikasi dan koordinasi. Konflik ini memberi kesan secara terus kepada pelancong di mana 74% daripada mereka tidak berpuas hati terhadap pembangunan dan pengurusan eko-pelancongan dan tidak akan datang lagi melancong ke Taman Negara. Sementara itu, 78% daripada mereka tidak berpuas hati dengan kemudahan infrastruktur yang sedia ada. Konflik ini juga memberi kesan kepada komuniti tempatan, 64% daripada mereka tidak mendapat sebarang manfaat daripada pembangunan eko-pelancongan, 71% pula mengatakan bahawa mereka tidak dilibatkan secara langsung di dalam sebarang tindakan yang ada kaitan dengan perancangan pembangunan eko-pelancongan. Kerosakan alam sekitar merupakan isu penting dalam kajian ini. 96% daripada komuniti tempatan dan 92% daripada pelancong bersetuju bahawa air Sungai Tahan telah tercemar dengan serius. Kesimpulannya, kesemua agensi terbabit perlu mengamalkan dasar pengurusan bersepadu bagi meminimumkan konflik demi memperkasakan lagi pembangunan dan pengurusan di Taman Negara, Kuala Tahan.,PhD
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectPengurusan Eko-Pelancongan
dc.subjectPembangunan Eko-Pelancongan
dc.subjectEcotourism-Malaysia-Taman Negara Region
dc.titlePembangunan Dan Pengurusan Eko-Pelancongan Di Taman Negara Kes : Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang
dc.typeTheses
dc.format.pages416
dc.identifier.callnoG155.M4 .M847 2013
dc.identifier.barcode000663
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_71605+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
9.06 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.