Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/498001
Title: Pengaruh faktor personal, psikologi organisasi dan situasi ke atas komitmen sukarelawan mahasiswa terhadap persatuan kesukarelawan
Authors: Siti Nazilah binti Mat Ali (P50738)
Supervisor: Rozmi Ismail, Prof. Madya Dr.
Keywords: Psikologi
Sukarelawan
Volunteers
Issue Date: 15-Aug-2013
Description: Sukarelawan merupakan sumber penting kepada agenda pembangunan masyarakat. Dalam tempoh antara bulan Januari 2008 hingga Disember 2010, menurut statistik hanya terdapat dua hingga tiga peratus sahaja pertubuhan sukarela berbentuk kesukarelaan. Senario yang sama turut berlaku di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Peratusan yang rendah dan kurangnya sumber rujukan kajian berkaitan dengan kesukarelaan dalam kalangan mahasiswa telah mendorong agar satu kajian dilaksanakan untuk menarik minat dan membantu meningkatkan komitmen mahasiswa terhadap pertubuhan sukarela yang berbentuk kesukarelaan. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh faktor personal (demografi dan motivasi), psikologi organisasi (kepuasan) dan situasi (prestasi dan tekanan beban akademik) ke atas komitmen sukarelawan mahasiswa terhadap persatuan kesukarelaan. Kaedah tinjauan keratan rentas digunakan untuk mengumpul data kajian. Sampel kajian (n = 310) terdiri daripada sukarelawan mahasiswa yang terlibat dengan persatuan kesukarelaan di empat buah Institusi Pengajian Tinggi Awam di Semenanjung Malaysia dan mereka dipilih secara rawak berstrata. Alat pengukuran yang diubahsuai daripada Volunteer Functions Inventory (VFI), Job Descriptive Index (JDI), Organizational Commitment Questionnaire (OCQ) dan Academic Stress Scale (ASS) telah digunakan untuk mencapai objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa tahap motivasi, kepuasan, prestasi, tekanan beban akademik dan komitmen sukarelawan mahasiswa terhadap persatuan kesukarelaan berada pada tahap sederhana ke tahap yang sangat tinggi. Hasil kajian juga mendapati motivasi untuk belajar melalui pengalaman, kepuasan terhadap teman sepersatuan yang menggalakkan, tekanan gred akhir dan kebanggaan menjadi ahli persatuan merekodkan min item tertinggi. Hasil kajian seterusnya mendapati faktor jantina (rpb = .192, p < .01), tahun pengajian (η = .195, p < .01), motivasi (r = .23, p < .01) dan kepuasan (r = .42, p < .01) mempunyai hubungan positif dengan komitmen sukarelawan mahasiswa terhadap persatuan kesukarelaan. Faktor perempuan (ß = .13, p < .05), tahun satu (ß = .16, p < .05), motivasi (ß =.15, p < .01) dan kepuasan (ß = .38, p < .001) didapati mempunyai pengaruh ke atas komitmen sukarelawan mahasiswa terhadap persatuan kesukarelaan. Faktor kepuasan dikenal pasti sebagai faktor peramal terbaik dari segi komitmen sukarelawan mahasiswa terhadap persatuan kesukarelaan. Implikasi kajian ini diharapkan dapat membantu Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk menyediakan data asas dan menyusun strategi berkesan ke arah meningkatkan komitmen sukarelawan mahasiswa terhadap persatuan kesukarelaan.,Ph.D
Pages: 307
Call Number: HN49.V64.S588 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_71464+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.98 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.