Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497999
Title: | Keselamatan tenaga China pasca perang dingin: risiko dan strateginya |
Authors: | Uni Wahyuni Sagena (P43090) |
Supervisor: | Ravichandran Moorthy, Prof. Madya. Dr. |
Keywords: | Keselamatan China Risiko dan strategi Energy security -- China |
Issue Date: | 10-Sep-2013 |
Description: | Kajian ini menganalisis risiko dan strategi China dalam menguruskan situasi keselamatan tenaga negaranya di era pasca Perang Dingin. Era ini dipilih kerana zaman ini menyaksikan pelbagai perubahan geopolitik yang besar di rantau Asia Pasifik dan di dunia, khasnya berkaitan dengan perlumbaan di kalangan negara-negara besar untuk memperolehi dan mengawal sumber-sumber tenaga dunia. Fenomena ini timbul akibat pergantungan yang tinggi terhadap bekalan sumber tenaga, terutama minyak. Populasi China yang tinggi, wilayah yang luas, peningkatan dalam perindustrian, kerosakan alam sekitar akibat penggunaan sumber tenaga yang membazir dan kurang terurus adalah antara faktor yang menyebabkan China sentiasa ‘kehausan’ tenaga. Malah dikhuatiri, apabila krisis tenaga berlaku di China maka ianya boleh menggugat kestabilan politik dan sosial negara komunis ini. Oleh itu, kajian ini merungkai sejauhmana keselamatan tenaga diterjemah dalam pemikiran keselamatan negara China, terutamanya dalam senario peningkatan kuasa ekonomi dan ketenteraan China. Kajian ini menjawab dua persoalan utama iaitu; pertama, apakah risiko keselamatan yang dihadapi oleh China akibat ‘kehausan’ tenaga ini? Keduanya, apakah strategi yang diguna oleh China untuk menangani masalah keselamatan tenaga ini dalam pertimbangan hubungannya dengan negara-negara lain? Kajian ini mempunyai tiga objektif utama: pertama, menganalisis risiko keselamatan yang dihadapi China, khususnya berkenaan masalah keselamatan bekalan dan pengangkutan sumber tenaga; kedua, kajian ini menganalisis pilihan strategik (strategic choices) keselamatan tenaga yang diambilkira oleh China dalam mengurus risiko keselamatannya; ketiga, kajian ini menganalisis implikasi pilihan strategik keselamatan tenaga China terhadap negara pesaing tenaga lain seperti Amerika Syarikat. Kajian ini mengunakan kaedah kualitatif manakala data kajian diperolehi daripada sumber primer dan sekunder. Sumber primer terdiri daripada temuramah elit ahli-ahli akademik dari universiti-universiti di China, manakala sumber sekunder terdiri daripada bahan-bahan bercetak dan daripada media elektronik. Kajian ini mendapati China berhadapan dengan risiko keselamatan berdimensi maritim daripada aktor negara dan bukan negara, terutamanya ancaman daripada aktiviti lanun, rompakan laut dan kemungkinan berlakunya keganasan maritim. Bagi mengatasinya, China menggunakan pelbagai strategi dengan menggabungkan strategi perimbangan kuasa dan diplomasi tenaga secara selari dan serentak, terutamanya di rantau yang kaya tenaga dan di laluan maritim dan darat menuju ke China. Walaupun strategi yang digunapakai oleh China mampu meningkatkan keselamatan tenaganya, namun ianya telah menimbulkan dilema keselamatan di kalangan negara-negara pesaing dan negara jiran yang lain. Peningkatan kuasa ketenteraan China di Laut China Selatan dan Lautan India turut dilihat sebagai usaha China untuk memastikan keselamatan laluan laut (SLOC) untuk sumber tenaganya. Kajian ini merumuskan bahawa perilaku keselamatan China yang aktif dan adakalanya agresif dalam hubungan antarabangsa sangat dipengaruhi oleh keinginan China untuk mempastikan keselamatan bekalan tenaganya dan meningkatkan kawalan sendiri bagi keselamatan pengangkutannya sama ada yang menerusi laut mahupun darat.,Ph.D |
Pages: | 221 |
Call Number: | HD9502.C6.U538 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_71459+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 4.66 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.