Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497998
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Rashila Hj. Ramli, Prof. Madya. Dr. | |
dc.contributor.author | Rasheed Mohamed Kutty (P24074) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:17:14Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:17:14Z | - |
dc.date.issued | 2013-05-22 | |
dc.identifier.other | ukmvital:71454 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497998 | - |
dc.description | Isu keselamatan bukan tradisional seperti sekuriti makanan memainkan peranan yang amat penting kepada kemajuan dan kesejahteraan sesebuah negara. Keselamatan sesebuah negara boleh terjejas akibat kekurangan makanan malah ia lebih serius lagi kerana boleh mengancam kestabilan global. Makanan ruji atau asasi rakyat Malaysia ialah beras. Oleh itu, beras adalah tanaman sekuriti di Malaysia. Walau bagaimanapun, tahap sara diri beras ini tidak pernah mencapai angka 100 peratus. Malaysia hanya mencapai tahap sara diri penuh untuk pengeluaran ayam-itik, telur dan daging babi. Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengkaji industri padi dan beras negara yang menjadi ukuran kepada tahap sekuriti makanan dengan memfokuskan kepada isu dan cabaran sekuriti industri padi di Malaysia yang memaparkan permasalahan yang dihadapi oleh pesawah, pelaksana dasar dan pemerintah. Di samping itu, pelaksanaan dasar yang berkaitan komoditi makanan juga dikaji. Untuk itu, kajian ini telah mengaplikasikan dua konsep, iaitu konsep keselamatan insan dan konsep sekuriti makanan sebagai alat analisis. Kajian yang berbentuk kualitatif ini telah menggunakan kaedah temu bual bersemuka yang mana seramai 61 informan telah ditemu bual terdiri dari pegawai dan agensi kerajaan, pesawah serta penanam sayur. Hasil kajian mendapati bahawa, negara tidak mempunyai satu dasar makanan yang khusus tetapi penulis telah mengambil satu pendekatan dengan mengkaji semua rancangan, dasar, projek serta kempen yang dijalankan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan bekalan makanan di antara tahun 1974 hingga 2008 yang dikenali secara tidak rasmi sebagai Dasar Makanan Negara. Untuk industri padi dan beras sejak negara mencapai kemerdekaan dasar tahap sara diri yang ditetapkan oleh kerajaan tidak pernah konsisten kerana ia sering berubah-ubah mengikut keadaan semasa harga beras di pasaran dunia. Sehingga tahun 2008 pengeluaran beras dalam negara mencapai tahap sara diri sebanyak 72 peratus dan yang selebihnya ditampung melalui import walaupun negara boleh menghasilkannya sendiri. Kajian ini juga membuktikan masalah pesawah seperti pemberian subsidi, realiti kehidupan sebagai pesawah, peranan BERNAS dan dilema yang dihadapi oleh pegawai kerajaan adalah cabaran utama kepada perkembangan industri padi dan beras negara. Justeru, kajian ini telah menghujahkan, walaupun terdapat cabaran dan ketidaktentuan dalam pelaksanaan dasar sekuriti makanan di Malaysia, namun sekuriti makanan tidak tergugat dan seterusnya menjamin keselamatan insan di Malaysia.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Sekuriti makanan | |
dc.subject | Food security -- Malaysia | |
dc.title | Keselamatan insan di Malaysia : dasar sekuriti makanan negara | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 305 | |
dc.identifier.callno | HD9000.9.M4.R348 2013 | |
dc.identifier.barcode | 000283 | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_71454+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 3.7 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.