Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497995
Title: Gejala Murtad Di Negeri Johor 1930 Hingga 1962
Authors: Fadilah Zaini (P43254)
Supervisor: Kamaruzaman bin Haji Yusoff, Prof. Dr.
Keywords: Gejala Murtad
Murtad Di Negeri Johor
Apostasy-Islam
Issue Date: 7-Dec-2013
Description: Kajian ini membincangkan tentang gejala murtad di negeri Johor sepanjang tahun 1930 hingga 1962. Hasil penelitian dokumen dari rekod Jabatan Agama Johor, telah ditemui sebanyak 50 kes yang boleh diklasifikasikan sebagai kes gejala murtad. Objektif pertama kajian ini adalah untuk mengkaji sistem pentadbiran Islam di negeri Johor. Selanjutnya, kajian ini bertujuan untuk menganalisis gejala murtad dan faktor yang mendorong kemunculan kes gejala murtad. Seterusnya, kajian ini dilaksanakan untuk menganalisis usaha yang dilakukan oleh Jabatan Agama Johor dalam menangani isu gejala murtad. Manakala, objektif terakhir ialah untuk menilai keberkesanan usaha-usaha tersebut. Metodologi kajian menggunakan kaedah kualitatif yang menjurus kepada kaedah deskriptif sejarah. Kaedah ini mengutamakan penggunaan sumber primer iaitu dokumen asal bagi kes gejala murtad dan dokumen sokongan yang lain dari rekod Jabatan Agama Johor, Pejabat Menteri Besar dan fail Penasihat Inggeris. Sumber sekunder diambil dari buku yang berkaitan dengan pentadbiran dan perundangan Islam, hukum dan isu murtad. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat empat gejala murtad. Gejala yang paling dominan ialah gejala penyelewengan ajaran agama Islam dan bersekedudukan dengan pasangan bukan Islam. Dua gejala lagi adalah gejala murtad secara sukarela dan terpengaruh dengan aktiviti agama Kristian. Seterusnya, faktor yang mendorong kemunculan gejala murtad ialah kejahilan tentang akidah dan hukum Islam, manakala faktor kedua yang dominan iaitu faktor percintaan, seterusnya diikuti oleh faktor perceraian dan faktor lain. Kajian ini juga membincangkan usaha yang dilaksanakan oleh Jabatan Agama Johor iaitu mengeluarkan fatwa, peringatan, pemberitahuan dan pengisytiharan. Manakala usaha kedua ialah dakwah dan kaunseling, seterusnya pemantauan dan penyiasatan dan terakhir mengenakan tindakan undang-undang. Kajian ini juga mendapati bahawa pihak Jabatan Agama Johor gagal menangani sebahagian kes gejala murtad dalam tempoh kajian. Kegagalan ini disebabkan oleh kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang serta strategi pemantauan dan penyiasatan terutama terhadap kes gejala murtad yang melibatkan gejala bersekedudukan dengan pasangan bukan Islam dan murtad secara sukarela.,PhD
Pages: 293
Call Number: BP168 .F335 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_71385+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.83 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.