Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497994
Title: Peranan FINAS Dalam Pembangunan Filem Cereka Melayu: Analisis Daripada Persepsi Pihak Berkepentingan
Authors: Maizira Abdul Majid (P41822)
Supervisor: Mohamed Anwar Omar Din, Profesor Dato' Paduka Dr. Haji
Keywords: Peranan FINAS
Pembangunan Filem Melayu
FINAS Membangun Filem Cereka Melayu
Motion picture industry
Issue Date: 19-Sep-2013
Description: Kajian ini menganalisis persepsi pihak berkepentingan Melayu-bumiputera terhadap peranan FINAS daripada dua dimensi. Pertama, apakah yang telah dijalankan oleh FINAS daripada sudut pandangan pihak berkepentingan dalam industri perfileman? Adakah mereka menanggapi FINAS telah merealisasikan visi dan misinya dalam memberi bantuan dan perlindungan daripada segi penerbitan, pengedaran, pemasaran, promosi dan pemameran kepada pihak berkepentingan untuk mencapai objektif perbadanan tersebut mengangkat industri perfileman negara mencapai taraf dunia? Kedua, apakah yang terkandung di dalam persepsi pihak berkepentingan yang melakukan persepsi terhadap peranan FINAS itu? Kajian ini menghujah bahawa persepsi pihak berkepentingan terhadap peranan FINAS itu sebenarnya merefleksikan keupayaan, mentaliti, kecenderungan dan pemikiran pihak berkepentingan Melayu-bumiputera itu sendiri dalam keusahawanan industri perfileman. Kajian ini menggunakan pendekatan Fenomenalogi anjuran Edmund Husserl sebagai asas rangka teoretikal bagi mencerakinkan konsep persepsi itu. Sumber kajian ini adalah terdiri daripada maklum temu bual secara mendalam dengan lebih daripada 30 orang tokoh utama dalam industri perfileman negara. Kajian ini mendapati secara keseluruhannya pihak berkepentingan menanggapi FINAS telah memain peranan amat penting dalam pembangunan filem cereka Melayu sehingga ditanggapi sebagai suatu institusi, melampaui kedudukannya sebagai sebuah badan regulatory dalam industri ini. Walau bagaimanapun, pihak berkepentingan menanggapi masih belum berperanan pada tahap optimum kerana terdapat beberapa kelemahan seperti ketidak-konsisten pelaksanaan dasar-dasar, ketidak-cekapan dan ketidak-kompetensi pihak-pihak di belakang tabir peradaban tersebut. Walau bagaimanapun, kajian ini mendapati persepsi tersebut sebenarnya merefleksikan tahap ketidak-kematangan keusahawanan Melayu-bumiputera dalam industri perfileman negara. Kajian ini menghujah, keusahawanan Melayu/bumiputera masih pada Tahap Peralihan. Kajian ini menghipotesis bahawa isu kelambatan penglibatan orang Melayu-bumiputera itu adalah kerana mereka mewarisi 'ketempangan ekonomi secara struktural' akibat daripada penjajah. Sehubungan itu, mereka masih memerlukan intervensi pemerintah untuk membolehkan mereka dapat bangun berdiri. Terbukti mereka sudah pun boleh berdiri sendiri seperti mana dapat dilihat pada wujudnya beberapa syarikat Melayu-bumiputera yang sudah mantap dalam industri ini.,PhD
Pages: 328
Call Number: HF5686.M7 .M338 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_71382+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.42 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.