Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497971
Title: Hubungan Pengalaman Dan Persepsi Gangguan Seksual Dengan Motivasi, Kepuasan Kerja Dan Tekanan Kerja Dalam Kalangan Pekerja Wanita Institusi Pengajian Tinggi Awam Di Lembah Klang
Authors: Fonny Dameaty Hutagalung
Supervisor: Prof. Madya Dr. Arifin Hj. Zainal
Keywords: Pengalaman
Persepsi
Kepuasan
Sexual harassment of women -- Malaysia
Issue Date: 3-Oct-2012
Description: Kajian ini mengkaji hubungan pengalaman dan persepsi gangguan seksual dengan motivasi, kepuasan kerja dan tekanan kerja dalam kalangan pekerja wanita di tiga (3) buah universiti di Lembah Klang. Seterusnya menguji sejauhmana faktor demografi berfungsi sebagai pembolehubah penyederhana dalam hubungan di antara pembolehubah bebas dan pembolehubah terikat. Satu set soal selidik yang mengandungi enam (6) bahagian telah digunakan dalam kajian ini. Keenam-enam bahagian secara berturutan adalah mengukur pengalaman gangguan seksual, persepsi gangguan seksual, motivasi, kepuasan kerja, tekanan kerja dan maklumat responden. Jumlah responden yang terlibat adalah seramai 1423 dengan menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Keputusan kajian menunjukkan bahawa seramai 1202 iaitu 84.4% responden mempersepsikan gangguan seksual sebagai bersifat mengganggu di tempat kerja dan lebih daripada separuh responden (52.7%) mempunyai pengalaman gangguan seksual pada tahap sederhana Selanjutnya keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif signifikan antara pengalaman gangguan seksual dengan persepsi gangguan seksual dan tekanan kerja. Keputusan juga menunjukkan terdapat hubungan negatif signifikan antara pengalaman gangguan seksual dengan motivasi dan kepuasan kerja. Akhimya faktor demografi iaitu jawatan dan tempoh perkhidmatan berfungsi sebagai pembolehubah penyederhana dalam hubungan di antara pengalaman dan persepsi gangguan seksual dengan motivasi, kepuasan kerja dan tekanan kerja.,Doktor Falsafah
Pages: 293
Call Number: HD6060.5.M4.H847 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83302+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.25 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.