Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497966
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd. Yusof Hj. Abdullah, Prof. Madya. Dr.
dc.contributor.authorHaidir Fitra Siagian (P58041)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:15:58Z-
dc.date.available2023-10-13T08:15:58Z-
dc.date.issued2015-08-12
dc.identifier.otherukmvital:81206
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497966-
dc.descriptionKajian ini adalah mengenai kesan penyertaan dan komunikasi ulama sebagai pemimpin Islam dalam proses pembangunan di Sulawesi Selatan, Indonesia. Ulama dianggap sebagai pemimpin agama yang berpengaruh sejak dahulu dalam kehidupan masyarakat. Walau bagaimanapun peranan dan penglibatan ulama dalam kehidupan masyarakat seolah-olah menjadi lebih terhad ke atas aspek kerohanian. Justeru objektif kajian ini adalah untuk menilai tahap penyertaan ulama dalam menyokong pembangunan; mengenalpasti pelbagai bentuk komunikasi yang digunakan; dan melihat kesan komunikasi penyertaan ulama dalam proses pembangunan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif dikumpul melalui tinjauan berdasarkan soal selidik ke atas 97 responden daripada kalangan anggota tujuh pertubuhan Islam yang dipilih menggunakan kaedah persampelan tidak rawak. Data kualitatif diperoleh daripada informan iaitu dalam kalangan ulama yang ditemubual dan mengikuti perbincangan kumpulan fokus. Hasil kajian menunjukkan bahawa 34.01 peratus ulama menyatakan mereka terlibat di peringkat perancangan, iaitu sebagai peserta mesyuarat perancangan pembangunan. Seramai 53.6 peratus menyatakan terlibat dalam peringkat pelaksanaan pembangunan, iaitu berceramah fahaman keagamaan dan kemasyarakatan, menubuhkan sekolah agama, dan terlibat dalam penjagaan persekitaran. Pada peringkat penilaian 72.16 peratus mengisytihar terlibat iaitu memberi maklum balas tentang masalah yang timbul dalam pembangunan. Seramai 93.8 peratus mengisytihar terlibat dalam berkongsi faedah iaitu mengajak masyarakat memanfaatkan hasil pembangunan. Seterusnya, kajian juga mendapati ulama memainkan peranan sebagai pemimpin pendapat melalui bentuk komunikasi dialog dengan pihak kerajaan. Manakala bentuk komunikasi ulama dengan penduduk adalah secara formal iaitu mesyuarat penduduk dan majlis keagamaan, dan secara tidak formal iaitu melalui perbualan. Kajian juga mendapati pihak kerajaan dan masyarakat mengiktiraf penyertaan ulama memberikan kesan positif untuk memperolehi matlamat pembangunan. Kajian ini merumuskan ulama telah memainkan peranannya sebagai pemimpin pendapat, iaitu menjadi contoh bagi masyarakat ke atas penyertaan pembangunan, menyampaikan aspirasi masyarakat kepada pihak kerajaan, menyampaikan kefahaman keagamaan dan membantu membentuk moral ummah Islam. Kajian ini memberikan perspektif baru dalam penggubahan dasar, terutamanya yang berkaitan dengan isu penyertaan ulama dalam program pembangunan.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectKomunikasi ulama
dc.subjectPenyertaan ulama
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKesan penyertaan dan komunikasi ulama dalam pembangunan di Provinsi Sulawesi Selatan
dc.typeTheses
dc.format.pages264
dc.identifier.barcode002158
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81206+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.94 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.