Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497962
Title: | Peranan Dong Jiao Zong dalam pengekalan pendidikan Cina: satu kajian dari sudut organisasi |
Authors: | Ng Chan Chai (P36057) |
Supervisor: | Chan Kim Ling @ Geraldine, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Pendidikan Cina Dong Jiao Zong |
Issue Date: | 7-Mar-2015 |
Description: | Kajian ini mengkaji kelangsungan Dong Jiao Zong dengan meninjau keberkesanan peranannya dalam mengekalkan pendidikan Cina di negara ini dari sudut organisasi. Sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan yang terdiri daripada gabungan dua buah organisasi, Dong Jiao Zong telah lama bertapak di Malaysia. Kajian ini penting untuk mengetahui sejauh manakah Dong Jiao Zong telah memainkan peranan dengan berkesannya dalam mengekalkan kewujudannya dan mencapai matlamatnya, bagaimana ia memainkan peranannya, apakah aspek-aspek dalaman organisasi yang membawa keberkesanan kepada peranannya, dan apakah cabaran yang dihadapi selama ini. Empat objektif kajian adalah mengenal pasti pendirian dan kewajaran Dong Jiao Zong dalam perjuangannya; kedua, mengenali dilema pendidikan Cina dan peranan Dong Jiao Zong; ketiga, meninjau perubahan struktur organisasi dan kuasa, dan melihat hubungkaitnya dengan peranan Dong Jiao Zong; dan keempat, meninjau perubahan gaya kepimpinan Dong Jiao Zong dan strategi perjuangannya. Dengan berpandukan teori sistem terbuka, keberkesanan peranan Dong Jiao Zong dikaji dan diukur melalui perubahan struktur, perubahan gaya kepimpinan dan strategi perjuangannya, serta persepsi dan pengalaman pekerja tentang sifat dan jenis iklim organisasi yang wujud. Kaedah kajian adalah gabungan kaedah kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan analisis dokumentasi, temu bual dan juga soal selidik terhadap dua ratus pekerja Dong Jiao Zong sebagai kaedah mengumpul data. Analisis data melibatkan analisis kandungan secara sistematik dan analisis statistik deskriptif. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan perubahan struktur organisasi dan kuasa dari bentuk menegak dan mekanistik kepada bentuk yang lebih fleksibel, mendatar dan organik, dan dari pemusatan kuasa ke gabungan pemusatan dan pemencaran kuasa. Selain itu, gaya kepimpinan telah juga berubah dari kepimpinan karismatik kepada transformasi dan kepada pendekatan laluan-matlamat. Dalam konteks penilaian kepimpinan, persepsi dan pengalaman pekerja menunjukkan iklim organisasi Dong Jiao Zong yang berstatus sokongan. Akhir sekali, perubahan kepelbagaian strategi perjuangan juga dilakukan oleh Dong Jiao Zong untuk mencapai matlamatnya kerana terpaksa mengadaptasikan organisasinya dengan persekitaran yang tidak menentu. Ringkasnya, Dong Jiao Zong didapati masih berkesan dalam pencapaian matlamatnya iaitu mengekalkan pendidikan Cina di Malaysia.,Ph.D. |
Pages: | 357 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81183+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.17 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.