Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497955
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Shahidi A. Hamid, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Badrulzaman Abdul Hamid (P69784) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:15:42Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:15:42Z | - |
dc.date.issued | 2016-11-03 | |
dc.identifier.other | ukmvital:81151 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497955 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan meneliti perkembangan kontras penyuaraan bunyi plosif kanak-kanak yang melibatkan aspek penanda akustik masa mula suara (MMS), tempoh vokal (TV), tempoh hentian (TH), rima suku kata (RSK) dan peletusan (PL). Kajian ini merupakan antara kajian terawal dalam proses mereka bentuk alat penilaian pertuturan dalam bahasa Melayu bagi kanak-kanak di Malaysia. Sampel kajian terdiri daripada 50 orang subjek penutur natif bahasa Melayu iaitu 50 orang kanak-kanak Melayu. Sampel pertuturan yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian PRAAT. Dapatan kajian hasil analisis data spektrograf menunjukkan pada kedudukan awal kata kanak-kanak yang berusia dua dan tiga tahun menguasai aspek kontras penyuaraan dalam kategori tundaan suara sahaja. Bermula pada usia empat tahun kontras penyuaraan bervariasi duluan suara dalam MMS muncul pada bunyi plosif bersuara. Pada kedudukan tengah kata kanak-kanak Melayu menunjukkan TV lebih panjang sebelum bunyi plosif bersuara berbanding dengan bunyi plosif tak bersuara, manakala TH lebih panjang sebelum plosif tak bersuara berbanding dengan plosif bersuara. Sampel kajian menunjukkan tiada kehadiran PL pada kedudukan akhir kata. Tempoh RSK pada bunyi plosif bersuara pula lebih panjang berbanding bunyi plosif tak bersuara. Hasil dapatan kajian ini merupakan langkah awal ke arah pengumpulan data normatif yang lebih menyeluruh tentang kontras penyuaraan bunyi konsonan dalam perkembangan fonologi kanak-kanak di Malaysia. Kajian ini memberi implikasi langsung dalam penyelidikan Sains Pertuturan dan Linguistik di Malaysia, khususnya dalam usaha mereka bentuk ujian pertuturan berasaskan data akustik bagi kegunaan ahli terapi pertuturan dan ahli terapi bahasa. Ahli terapi pertuturan dan ahli terapi bahasa dapat memanfaatkan dapatan kajian ini secara signifikan dalam usaha mengenal pasti kewujudan masalah pertuturan berhubung dengan kontras penyuaraan dan tahap perkembangan fonologi klien.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Penyuaraan bunyi plosif | |
dc.subject | Kanak-kanak Melayu | |
dc.subject | Fonetik akustik | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Analisis kontras penyuaraan bunyi plosif kanak-kanak Melayu berasaskan pendekatan fonetik akustik | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 233 | |
dc.identifier.barcode | 002146 | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81151+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.33 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.