Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497953
Title: | Kongruen, penerimaan positif tanpa syarat dan empati dalam kaunseling individu Pemusatan Insan |
Authors: | Che Yang Kassim (P48412) |
Supervisor: | Fatimah Yusooff, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Kaunseling Kaunseling Pemusatan Insan Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 3-Jul-2016 |
Description: | Pelbagai pendekatan kaunseling diamalkan di Malaysia antaranya ialah kaunseling Pemusatan Insan, namun kurang maklumat tentang cara ia dilaksanakan dalam kaunseling individu sebenar. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka makna dan bentuk respons konsep kongruen, penerimaaan positif tanpa syarat dan empati kepada kaunselor Pemusatan Insan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes kualitatif. Enam orang kaunselor Pemusatan Insan yang berpengalaman dipilih sebagai peserta kajian menggunakan persampelan bertujuan dan berbola salji. Data kajian terdiri daripada transkrip sesi kaunseling, transkrip temu bual dengan kaunselor dan catatan klien. Data dianalisis menggunakan kaedah constant comparative analysis dan perisian komputer Nvivo versi 8.0. Tema-tema yang diperolehi telah melalui proses triangulasi untuk tujuan kesahan dan kebolehpercayaan. Nilai pekali kesahan dan kebolehpercayaan Cohen Kappa yang diperolehi ialah 0.82. Dapatan menunjukkan terdapat empat pola proses yang bersepadu bagi menggambarkan perhubungan makna dan respons kongruen, penerimaaan positif tanpa syarat dan empati dalam kaunseling Pemusatan Insan. Pola-pola tersebut adalah Bersama, Mengikut, Menerima dan Menyedari (BITS), Bersama, Memahami, Menghormati dan Menyelaras (BFHS), Bersama, Merasai, Mempercayai dan Menyelaras (BRYL) dan Bersama, Mengalami, Mempercayai dan Menyelaras (BAYL). Dapatan kajian ini menghasilkan garis panduan bagi melatih dan mengamalkan kaunseling Pemusatan Insan. Dicadangkan, teori kaunseling yang lain boleh menggunakan reka bentuk kajian ini bagi menghasilkan garis panduan melatih dan mengamalkan kaunseling itu.,Ph.D. |
Pages: | 331 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81149+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.13 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.