Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497951
Title: | Model insan Melayu dalam novel-novel S. Othman Kelantan |
Authors: | Robiah Mohamad (P55246) |
Supervisor: | Misran Rokimin, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Model insan Melayu Perwatakan S. Othman Kelantan Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 5-Aug-2015 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk meneliti watak dan perwatakan utama yang boleh diangkat sebagai model insan Melayu dalam 11 buah novel karya S. Othman Kelantan (SOK). Watak-watak tersebut ialah Muhammad Faris dalam Pengertian, Burhanuddin dalam Pertentangan, Saleh dalam Angin Timor Laut, Pak Mat dalam Perjudian, Mamat dalam Juara, Awang dalam Perwira, 'Aku' dalam Ruang Perjalanan, Siti Musalmah dalam Wajah Seorang Wanita, Saifuddin dalam Ustaz, Dr. Zafrullah dalam Nagogho Astana dan Habib dalam Orang Kota Bharu. Dua kaedah kajian yang digunakan untuk kajian ini, iaitu, pertama, kajian kepustakaan dengan membaca buku, jurnal, tesis, kertas kerja, majalah dan akhbar yang ada kaitan dengan kajian serta membaca sebelas buah novel dengan menggunakan teknik bacaan rapi (close reading technique) dan analisis kandungan (content analysis) watak-watak dan perwatakan tersebut. Pendekatan yang digunakan untuk menganalisis adalah pendekatan Model Insan Melayu (MIM) yang merangkumi unsur dalaman dan unsur luaran yang dibina berdasarkan pandangan Al-Ghazali bahawa manusia ini mempunyai tiga tahap nafsu iaitu nafsu mutmainnah, nafsu lawammah dan nafsu ammarah. Kedua, menggunakan kaedah kajian lapangan dengan menemu bual beberapa orang yang dekat dengan S. Othman Kelantan seperti isteri, bekas isteri, anak dan kenalan rapatnya. Hasil kajian mendapati enam orang watak berada pada tahap nafsu mutmainnah iaitu 'Aku' (Ruang Perjalanan), Siti Musalmah (Wajah Seorang Wanita), Saifuddin (Ustaz), Habib (Orang Kota Bharu), Saleh (Angin Timor Laut) dan Awang Teleng (Perwira), dengan empat orang watak yang pertama ini dianggap model insan ideal yang boleh dicontohi kerana memenuhi kriteria MIM iaitu memiliki sifat dalaman dan luaran yang lengkap. Dua orang watak berada pada tahap nafsu lawammah iaitu watak Muhammad Faris (Pengertian) dan watak Pak Mat (Perjudian) yang memaparkan kelemahan nilai dalaman dan luaran kerana sebagai manusia tidak lepas daripada kesalahan dan kesilapan dalam hidup mereka. Walau bagaimanapun, akhirnya mereka insaf dan kembali ke jalan yang diredhai Allah. Sebaliknya tiga orang watak iaitu Burhan (Pertentangan), Mamat (Juara) dan Dr. Zafrullah (Nagogho Astana) tidak boleh dijadikan model insan contoh kerana sudah kehilangan nilai dalaman dan nilai luaran dalam diri, dan watak-watak ini berada pada tahap nafsu ammarah. Kehidupan mereka pada akhirnya membawa keburukan kepada diri sendiri dan masyarakat di sekeliling mereka. Oleh yang demikian, kajian ini memperlihatkan bahawa enam watak yang dinyatakan di atas, menjadi insan yang hebat dan akan diingati sepanjang masa oleh masyarakat dan secara simboliknya insan beginilah yang disebut, 'takkan Melayu hilang di dunia' kerana memiliki jati diri yang mempunyai kekuatan dalaman dan luaran yang berada pada tahap nafsu mutmainnah, yang tidak tergugat. Melalui pendidikan, model insan Melayu beginilah yang wajar dilahirkan oleh negara bagi generasi akan datang bagi menyelamatkan negara dan bangsa agar tidak lenyap jati diri mereka.,Ph.D. |
Pages: | 303 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81143+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.63 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.