Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497950
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ekhwan Toriman, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Amal Arfan (P54714) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:15:35Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:15:35Z | - |
dc.date.issued | 2016-04-03 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:81142 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497950 | - |
dc.description | Di dalam ekosistem zon pinggir pantai, hutan paya bakau memainkan peranan penting di dalam keseimbangan equilibrium semula jadi. Di pantai Suppa, daerah Pinrang Sulawesi Selatan, Indonesia, keluasan kawasan hutan paya bakaunya telah berkurangan dengan ketara dalam tempoh 39 tahun kebelakangan ini. Justeru itu kajian ini telah dilaksanakan dengan tiga objektif utama. Pertama mengkaji ekosistem semasa paya bakau khususnya dari aspek kualiti air dan fisiografi spesies pokok bakau. Kedua, menganalisis perubahan guna tanah di kawasan kajian dalam tempoh 39 tahun. Dan ketiga membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan guna tanah di kawasan kajian khususnya zon pokok bakau. Bagi mencapai objektif di atas, kajian ini mengaplikasi kaedah-kaedah empirikal gabungan data primer dan sekunder. Aspek kualiti air kawasan kajian dianalisis di makmal dan dipersembahkan menggunakan kaedah statistik Principal Component Analysis (PCA) dan Multi Dimensional Scaling (MDS). Manakala fisiografi spesies pokok bakau dikaji di lapangan menggunakan peralatan spectroradiometer SVR HR-1024 perisian bagi ketepatan data ver 10. Sementara itu, data asas reruang bagi perubahan guna tanah diperolehi daripada imej Landsat 1972, 1989 dan 2000 manakala imej SPOT untuk tahun 2011. Imej-imej ini dianalisis dan diinterpolasi menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS), ArcGis Ver. 9.3. Hasil kajian di lapangan mendapati parameter kemasinan, Biochemical Oxygen Demand (BOD5) dan pH air laut merupakan parameter utama yang mengurangkan indeks kualiti air laut iaitu masing-masing 0.89, 0.78 dan 0.50. Status trofik air laut juga turut berubah mengikut musim di mana pada musim kemarau, statusnya ialah tidak tercemar dan pada musim hujan statusnya berubah kepada tercemar ringan. Pemerhatian fisiografi spesies paya bakau di kawasan kajian didominasi oleh spesies api-api, bakau minyak, bakau kurap dan perapat yang berada pada kategori sihat berasaskan nilai pantulan pada spektrum tampak (400 – 700 nm) masing-masing 2.10 – 8.36 %, 1.96 – 17.76 %, 1.80 – 15.27 % dan 2.25 – 9.34 %. Analisis perubahan profil guna tanah menggunakan kaedah GIS mendapati keluasan hutan paya bakau pada tahun 1972 ialah sebanyak 617.7ha. Angka ini berkurangan kepada 52.9ha pada tahun 2011. Pengurangan ketara kawasan paya bakau di kawasan kajian dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Antaranya iaitu aktiviti antropogenik yang tidak terkawal khususnya pembukaan tanah bagi industri akuakultur, pertanian dan industri perkapalan. Kajian ini mencadangkan pengurusan paya bakau yang lebih mapan. Ini termasuklah mengazetkan zon paya bakau sebagai kawasan perlindungan terkawal, penglibatan masyarakat agar lebih prihatin kepada persekitaran bakau dan program-program pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem paya bakau,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Hutan paya bakau | - |
dc.subject | Guna tanah | - |
dc.subject | Kualiti air | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Kesan aktiviti manusia terhadap perubahan guna tanah bakau di pinggir laut Suppa Pinrang Sulawesi Selatan | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 257 | - |
dc.identifier.barcode | 002139 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81142+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 7.92 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.