Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497949
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAsmawati Desa, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorMuhana Sofiati Utami (P50740)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:15:34Z-
dc.date.available2023-10-13T08:15:34Z-
dc.date.issued2016-05-21
dc.identifier.otherukmvital:81141
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497949-
dc.descriptionPelbagai masalah yang dihadapi mahasiswa tentunya akan menimbulkan perasaan kecewa, sedih, bersalah, tidak berharga, tidak mampu, tidak memiliki motivasi, pesimis dan putus asa. Keadaan tersebut menunjukkan tanda-tanda kemurungan tinggi, keyakinan diri rendah dan kesejahteraan subjektif rendah. Matlamat kajian ini adalah membentuk dan menguji Modul Terapi Tingkah Laku Keagamaan bagi mengurus kemurungan, yang menjurus kepada pengurangan kemurungan serta peningkatan keyakinan diri dan kesejahteraan subjektif dalam kalangan mahasiswa. Modul dibentuk menggunakan model terapi tingkah laku kognitif yang ditambahkan dengan elemen keagamaan untuk disesuaikan dengan konteks mahasiswa Indonesia yang rata-ratanya beragama Islam. Kesahan, kepraktikalan dan keberkesanan modul ini diuji. Keberkesanan modul diuji dengan rekabentuk eksperimen kuasi berasaskan kepada rekabentuk kelompok kawalan tidak dirawat dengan sampel pra dan pasca ujian bersandar. Subjek terdiri daripada 45 mahasiswa yang diagih ke dalam kelompok eksperimen yang menerima rawatan kaunseling (n=23) dan kelompok kawalan yang tidak menerima sebarang rawatan (n=22). Semua subjek diberikan ujian pra dan ujian pasca, iaitu Beck Depression Inventory, Skala Keyakinan Diri dan Skala Kesejahteraan Subjektif yang terdiri daripada Skala Afek Positif, Skala Afek Negatif dan Skala Kepuasan Hidup. Berdasarkan analisis data menggunakan ANKOVA dengan skor ujian pra sebagai kovariat menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan pada skor ujian pasca selepas rawatan dalam mengurangkan kemurungan dan afek negatif, serta meningkatkan keyakinan diri, afek positif dan kepuasan hidup mahasiswa bagi kelompok eksperimen berbanding kelompok kawalan. Berdasarkan dapatan kajian ini dapat disimpulkan bahawa Modul Terapi Tingkah Laku Keagamaan dapat digunakan untuk mengurus kemurungan, keyakinan diri dan kesejahteraan subjektif (afek positif, afek negatif dan kepuasan hidup) dalam kalangan mahasiswa.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectTerapi tingkah laku
dc.subjectKemurungan
dc.subjectKeyakinan diri
dc.subjectMahasiswa
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePembentukan dan pengujian modul terapi tingkah laku kognitif keagamaan untuk mengurangkan kemurungan serta meningkatkan keyakinan diri dan kesejahteraan subjektif dalam kalangan mahasiswa
dc.typeTheses
dc.format.pages583
dc.identifier.barcode002138
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81141+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
479.36 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.